OLEH: SHAIMON S JUMADI
Friday
December 02/2016
SANDAKAN:- Demi memperjuangkan hak-hak orang Sabah jalinan mesra antara
parti-parti pembangkang harus sama-sama memainkan peranan masing-masing kearah
objektif yang jitu agar segala semua
urusan dapat berjalan dengan licin dan lancar
untuk mengejar cita-cita dan juga impian sebagai satu impirasi dan aspirasi
Kerjasama
yang erat antara parti-parti pembangkang tidak kira datangnya sesebuah parti
dari Semenanjung atau parti tempatan yang mempunyai agenda dan matlamat yang
sama harus dipupuk agar mudah untuk menumbangkan kerajaan zalim di bahawa
pemerintahan BN/UMNO yang terlalu banyak berkisar dalam kes-kes rasuah yang
semakin menjadi-jadi.
Persurujaya
Parti AMANAH Negeri Sabah Haji Hamzah Hj
Abdullah berkata ketika dalam sesi pertemuannya dengan Timbalan Presiden
Parti Warisan sabah (WARISAN) Darell
Leiking yang juga Ahli Parlimen Penampang baru-baru ini semasa program Jelajah WARISAN
ke Sandakan yang diadakan di Dewan Hakka
Menurut
Hj Hamzah dalam pertemuannya dengan dua pemimpin itu antara Darell dan
Mazlan Aliman ia banyak membuah pemikiran-pemikiran yang positif kearah merealisasikan cita-cita bersama demi rakyat Sabah walaupun WARISAN
belum lagi menjadi rakan Gabungan
PAKATAN HARAPAN tetapi kerjasama perlu disemai dan dipupuk untuk menguatkan
lagi jentera-jentera perjuangan parti-parti pembangkang yang ada di Sabah ini
untuk berdepan dengan musuh-musuh utama politik antaranya UMNO-BN pada PRU14 nanti.
Kata
Hj Hamzah Mazlan Aliman adalah
merupakan seorang tokoh yang banyak menyumbang kepada penambah-baikan kebajikan warga FELDA.
Dalam
kesempatan itu Mazlan turut menyumbang senaskhah buku yang menceritakan hasil
pengalaman beliau sepanjang membela warga FELDA.
Buku
ini juga lah yang akhirnya membawa hukuman kepada beliau di denda RM500,000.00
oleh Mahkamah Tinggi.
Selanjutnya ucapan terima kasih sekalung budi dihulurkan oleh Hj
Hamzah kepada Darrel atas pertemuannya dan terima kasih juga kepada YB
Dato Seri Shafie Apdal walau hanya dapat berbincang melalui mobile phone
saja akan tetapi cukup bermakna.
No comments:
Post a Comment