OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Friday
December 02/2016
KEKADANG membaca komen menghina diri mengutuk seorang Shafie Apdal air mata jatuh tumpah. Bukan kerana
sedih sangat tetapi jauh memikirkan sikap manusia yang suka sangat melontar
kata.
Saya
kenal seorang Shafie bukan kelmarin malah kala kami sama berkerja di bangunan
sama urusetia akhir 70-80an kami selalu sembang dan makan sama sebab sering
pakat minum di kantin.
Kala
itu saya sudah kenal namanya seorang Shafie ini yang jarang kasar bahasanya dan
jarang marah, selalu senyum dan mesra dengan sesiapapun/itulah sikap seorang
anak pulau bajau bangsanya.
Perkenalan
itu meski setahun dua tetapi saya sudah mengenal hati budinya dan memang kawan
yang cukup baik dan kerana itu bila dia menduduki kerusi menteri saya sendiri
menjauh khuatir dikatakan suka membodek ampu dan itu bukan cara saya dan ramai
juga yang mengatakan agar saya mendekat dan selalu saya katakan yang saya tidak
ada urusan, meski demikian saya selalu mendoakan kejayaan dari jauh. ini cara
saya dan inilah budaya saya yang siap menjauh bila teman sudah di atas.
Banyak
kenalan saya seperti YB Abbas Ali selalu ke rumah masa dia duduki kerusi
pegawai, YB Rahim pangkat ipar saya, YB Hajiji ulan2 telefon untuk saya datang
dan banyak lagi tetapi saya lebih selesa mereka tidak ingat saya sebab saya
bukan sesiapa dan bukan ada namapun.
Pernah
seorang mantan menteri penuh kala saya tahu dia sakit, lalu saya datang ke
rumahnya dan bawa dia klinik Dr Aziz dan di klinik Dr Aziz menteri itu berkata
" kenapa ketika saya duduki kerusi menteri Haji tidak mahu dekati saya
malah menjauh" Demi Allah itulah kata seorang menteri dan saya terdiam
hanya air mata saya keluar sebab saya tahu saya bukan sesiapa dan bukan ada
nama. Ini sikap saya!
Ketika
Shafie dalam UMNO 10 tahun lalu ada yang
hentam kritik dia dan saya di Keadilan ketika itu meski dia di UMNO tetap saya
pertahankan dan balas yang kritik itu hingga saya ditanya apakah saya orang
UMNO atau keadilan dan saya kata saya menulis kerana Allah yang benar saya
pertahankan dan salah saya kritik betulkan.
Mungkin Shafie membaca saya pertahankan dari jauh tetapi
untuk mendekatinya tidaklah ada keinginan.
Kawan
yang baik sama ada jujur atau ikhlas kita perhatikan kala kita susah dan ini
harus diingat dan dikaji. Bila Shafie ada kuasa, maka ramai yang mendekat,
memuji dia termasuk memuji DSP Lajim Ukin dan ini biasa.
Jadi,
untuk melihat memerhatikan kawan sebenarnya hanyalah ketika kita susah dan
ketika susah siapa yang selalu di sisi kita maka itulah sahabat dunia akhirat
kita sebab kawan terbaik ini bukan saja kala senang bersama tetapi kala susah
pasti sama bersama.
Seorang
ahli falsafah berbicara kawan yang terbaik ialah kawan yang menegur dan bukan
yang mengIYAkan kata-kata kita. Ingat itu.
Falsafah
saya beda sedikit kala kawan senang saya akan menjauh dan lebih baik dilupakan
dan saya akan mendekat masa kawan susah dan si situlah akan saya bantu sedaya
yang mampu dan visi saja jelas bukan semata kerana kawan sebalik kerana Allah
semata.
Kawan
yang susah harus kita dekati dan bantu beri semangat dan dorongan untuk dia
kembali bangun memperjuangkan sesuatu yang benar kerana Allah kerana negara
bangsa, inilah amanah Allah .
Memang
sekarang ini saya dan seorang DS Shafie ini selalu berhubung dan menghubungi
dan sikap bahasa, cara bergaul sangat beda jauh dengan yang lain dan jelasnya
kenal dia dalam dirinya itu tumbuh kasih sayang yang jarang ada pada orang
lain.
Kala
menghubungi saya lewat telefon selalu ia ucapkan salam dan doa damili dirahmati
Allah dan berkirim salam dan itulah yang selalu dia perkatakan dan kesan bahasa
itu juga saya jadi terkalahkan yang saya hadapi seorang insan yang sama sekali
lain.
Kala
berbicara dengan dia seolah saya bercakap dengan seorang ustaz/ulama yang tidak
habis2 memberikan nasihat dan pandangan yang cukup lembut dan bersahaja masuk
ke dalam jiwa saya dan dua hari lalu katanya " kesian dia, haji jangan
kritik dan jangan sentuh ya" kata-kata itu cukup bermakna buat saya dan
saya jelaskan yang saya tidak pernah kritik dan menyentuh orang berkenaan.
"
Biarlah mereka kutuk hina kita, aibkan kita dan kata macam-macam tapi jangan
balas dan jangan hina mereka dan jika sesuatu itu tidak benar katakan saja itu
tidak benar atau fitnah" Katanya dan kenyataan itu menyebabkan saya cukup
berhati-hati.
"perjuangan
kita ini jauh lagi dan hati2 menulis jangan sampai terperangkap kesan pelbagai
akta dicipta untuk memerangkap kita" kata DS Shafie lagi dan saya terdiam
sebentar dan memang tahu hal itu.
Bila
membaca kenyataan-kenyataan di laman
sosial memang seorang DS Shafie selalu saja dikutuk hina aibkan pelbagai,
dituduh sedang tuduhan itu auta semata dan tidak benar yang kekadang mana yang
sempat dijawab pasti saya jawab dan kesannya mereka sama hina kutuk saya seolah
saya ini mendapat upah beribu dan pernah kerja di DBP curi duit DBP
berjuta-juta . Aneh, sebenar saya tak pernah berkerja di DBP. terima kasih
kesan fitnah saya!
Demi
Allah saya tidak mendapat upah satu senpun sebab saya sendiri punya pendapatan
beribu sebulan, lalu untuk apa saya mahukan upah dan kalau adapun itu DEMI
ALLAH saya tolak.
Tak
cukup dengan itu diikatakan pula saya mahu melobi jadi calon dan itu saya
sangkal sebab saya sendiri meletak jawatan tertinggi di sebuah parti tahun lalu
dan bersama DS Shafie hanya membantu dari segi komunikasi. Itu saja tidak lebih
dan tidak kurang.
Memang
kekadang membaca komen dan hinaan yang begitu banyak di sana sini kekadang
kalau tak tahan itu bisa melemahkan semangat juang kita tetapi demi anak
bangsa, maka itu bukan melemahkan sebalik terus meniupkan semangat untuk
berjuang tanpa peduli apa kena penjara atau mati tetap dihadapi.
Memang
sedih tetapi apakan saya kala malam atau bersendirian yang selalu kita doakan
mereka yang mungkar diberikan hidayah sedar dan Allah mudahkan laluan ini demi
negara bangsa kita di Sabah, Malaysia seluruhnya.
Allah
pasti berkati mereka yang jujur dan yang tidak jujur pasti akhirnya akan punah
binasa. Insya Allah.
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
No comments:
Post a Comment