Saturday, 24 December 2016

FST…USIA BUKAN UKURAN SESEORANG UNTUK MENJAWAT-JAWATAN TERTENTU

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH-FST
Sabtu Disember 2016/24

KADANG-kadang ramai yang akui konon diri itu berpengalaman bertahun-tahun bekerja di satu syarikat atau jabatan atau duduki sesuatu tugas yang diamanahkan.

Sebenarnya lama bertugas sandang sesuatu jawatan bukan ukuran seseorang itu serba tahu tanpa ia ikuti perkembangan tugas-tugas semasa yang selalu berubah.

Kekadang peraturan-peraturan sesuatu organisasi dengan yang lain tidak sama selalu saja berbeza tetapi soal hukuman/peraturan kerja kena akur undang-undang/ordinan yang telah ditentukan oleh kerajaan melalui jabatan buruh di Malaysia.

Misalnya untuk melucutkan seseorang pekerja itu haruslah melalui beberapa proses dan tidak main lucut semata dan jika bertindak sesuka hati, maka yang menjadi mangsa boleh hubungi jabatan buruh untuk minta nasihat dan pandangan. Baca ordinan buruh dan di sana cukup jelas.

Biasanya seseorang yang diambil tindakan kena panggil dan nasihati atau sesudah itu kena susuli surat pertama, kedua dan selanjutnya dan sesudah itu barulah diambil tindakan sesuai dengan peraturan yang ada.

Inilah caranya dan kalau ada yang mengatakan dia berkuasa buang pekerja maka jelas seseorang yang berkata itu tidak benar dan lebih kepada egonya sendiri.

Sesungguhnya itulah satu ilmu dan satu pengalaman dan pengalaman itu tidak semesti diukur kepada usia tua kerana kekadang usia tua tetapi tidak tahu apa-apa selain PANDAI CAKAP itu bukan ukurannya, tapi dengar sajalah seolah suka mendengar meski auta.

Ukuran terhadap seseorang itu ialah kita nilai cara dia bekerja dan bukan mengarah semata dan yang lari tidak mahu menyelesaikan masalah itu jelas tidak bertanggungjawab.

Seorang pemimpin/ketua yang baik selalu saja menunjuk jalan terang dan ia sendiri memperlihatkan pengalamannya dan bukan main CURI TULANG atau hanya pandai cakap sebalik malas. Itu bukan caranya yang baik untuk menjadi ketua dan itu sebab orang semacam itu selalu tertinggal untuk dinaikkan pangkat da itu kesan melangkau.

Ketua hendaklah memperlihatkan kualiti kerja, menjadi contoh bawahan dan selalu berdiri di tengah untuk selesaikan masalah dan mendengar kenyataan dari semua pihak sebelum mengambil keputusan.

Yang bertindak ikut emosi biasa adalah ketua yang gagal dan selalu diperli di belakang yang menyebabkan sukar mendapat kerjasama dari yang lain, kalau adapun bakal tidak dilakukan secara ikhlas alias terpaksa.


No comments:

Post a Comment