Tuesday, 13 December 2016

Free Sandakan Today Online (FST) JIKA PERKARA BENAR LAPOR POLIS TANGKAP DAN SUMBAT KE LOKAP


( jika tuduhan benar)

OLEH: ISMAILY BUNGSU -FST
December 13/2016 Tuesday

DULU Kes Lahad Datu Anwar Ibrahim dituduh dalang termasuk Tian Chua dan bicara tiada kes.

Kemudian Nurul jumpa anak kiram sempena semacam forum di filifina secara kebetulan atas jemputan pembangkang di Filifina dan bergambar dituduh subahat dan polis siasat tapi hingga kini tiada kes malah buang kes.

Pemimpin dunia presiden Amerika berjumpa ketua negara china dan Russia tiada masalah.

Najib jumpa Misuari dan ramai pemimpin Sabah jumpa tiada masalah dan saya selalu berfikiran positif sebab mungkin saja mereka mencari jalan sesuatu untuk kebaikan. Salahkah?

Masa dalam kerajaan DS Shafie dikatakan  jumpa Misuari dan jika benar apa salahnya mungkin wakil Malaysia bincang sesuatu demi kebaikan macam Najib jumpa.

Pernah Dr Jefrey juga jumpa Kiram di kota kinabalu dan bincang dan itu saya kata dulu tak salah sebab mungkin bincang demi kebaikan kala Sabah ini ada sejarah diperintah oleh Sultan Sulu zaman Sultan Momin dari Sibuga ke sungai Pidasan sebelum Inggeris sewa.

Bagi saya sesiapapun jumpa tak salah apa lagi mereka yang bergelar pemimpin negara dan kerana itu saya selalu berfikir positif dan tidak kesah sangat hal itu.

Misuari tidak pernah sebut siapa pemimpin itu dan jika ada terbukti yang berkenaan ada niat jahat, dapatkan bukti lapor ke polis siasat dan jika terbukti sila bicarakan dan hukum tentu saya sokong pengkhianat harus diambil tindakan kesan itu melibat negara bangsa.

Jika sekadar tuduhan omong kosong tak berani lapor polis dan ambil tindakan makna tuduhan itu AUTA dan karut.

Sabah tetap Ubah 
Sabah Tetap Ubah.


No comments:

Post a Comment