Monday, 5 December 2016

Free Sandakan Today Online (FST) PEMBANGKANG KENA HATI OLEH UMNO/BN ( kesan adu domba pecah perintah)


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Monday December 05/2016

SAYA usaha menelaah bidang media/sebaran/komunikasi di laman sosial dan segala macam. Yang saya perhatikan banyak sangat yang bentuknya RAHSIA dan itulah yang dinamakan STRATEGI.

Politik meski maksudnya sama dengan perkataan SIASAH dalam bahasa arab, tetapi maksud politik sekarang ini ikut kamus ialah MUSLIHAT makna sesiapa yang bijak muslihat biasa akan muncul jadi juara sebab politik sekarang ini bukan seperti dunia nabi bersiasah.

Muslihat itu samalah semacam STRATEGI dan sesiapa yang bijak strategi bisanya akan duduk di puncak gunung bakal memerintah dan itu sebab saya katakan BN akan lakukan apa saja meski salah demi kembalikan kuasa mereka.

Makanya setiap parti pembangkang yang saya gelar PEJUANG mesti bijak membaca dan bijak menelaah serta ikuti isu semasa dengan bijak dan tidak mudah melenting alias harus banyak sabar dan usaha mengkaji dan meneliti secara mendalam.

Bidang yang paling bahaya ialah bidang komunikasi, penerangan yang kelihatannya terbuka lebar dan apa saja yang ditulis tanpa edit bisa disebar di media sosial dengan sekelip mata dan ini kena hati-hati.

BN yang berkuasa kuasai segala media baik laman sosial termasuk TV dan surat kabar dan mereka bisa lakukan apa saja dan itu sebab apa saja yang tersiar tidak usah terus percaya sebalik harus diteliti secara terperinci.

Misalnya USA menolak kerjasama dengan parti Warisan atau ada parti pembangkang menuduh DS Shafie itu lanun dan perompak dan itu jangan mudah sekali percaya dan di sini kita lihat ada semacam usaha pecah dan perintah.

Kemudian ada pula yang menulis panjang lebar konon Dtk Peter tidak puas hati dan sakit hati kepada Darel kesan darel dilantik sebagai timbalan dan kemudian penulis surat konon namanya ISMAILY BUNGSU dan itu kita tahu dari siapa dan siapa yang menulis dan tujuannya untuk memecahkan WARISAN sendiri dan itu usaha mereka mahu merosakkan parti.

Konon USA menolak kerjasama dengan DS Shafie Apdal juga cukup saya ragukan dan itu sebab saya lebih suka diam tidak memberikan komen apa-apa  dan tuduhan DS Shafie tidak mahu berkerjasama dengan USA atau parti lain juga sengaja diciprta reka oleh pemerintah agar terjadi sengketa antara parti pembangkang di Sabah dan kesannya itu memudahkan BN terus berkuasa.

Sesungguhnya itulah yang dinamakan STRATEGI untuk pecahkan perpaduan kalangan parti pembangkang di Sabah.

Sebenarnya seperti yang saya katakan baru-baru ini bahawa WARISAN parti baru banding STAR dan SAPP serta PCS dan parti-parti  lain dan WARISAN baru saja bernafas dan usaha perkenalkan diri kepada rakyat dan soal gabungan itu biarlah kemudian dan biarlah WARISAN yang baru tumbuh bulu ini memperkenalkan diri dan mendapatkan ahli duluan sebelum gabung.

Rasanya WARISAN tidak perlu gopoh dan melakukan sesuatu dalam keadaan huruhara dan biarlah apa saja yang dirancang dilakukan dengan hati-hati dan penuh perhatian dan sesuatu yang tergesa kesani pekerjaan yang selalunya gagal.

Sabar itu separuhnya iman sabda nabi. Soal fitnah memfitnah dan kutuk mengutuk inilah yang harus ditangani dengan tabah dan sabar dan itu sebab apa saja melalui WHATSAPP atau laman sosial lain setiap ahli parti tidak usah kutuk mengutuk sesama dan usaha eratkan silaturahim sesama kesan musuh kita sebenarnya bukan parti lokal sebaliknya BN yang harus kita tumbangkan dan inilah mahunya rakyat Sabah dan itu sebabnya DS Shafie saya kira tak pernah kutuk parti lokal sepanjang ia berucap on stage.

Kalau ada sesuatu kenyataan yang adu domba itu bermakna tidak lain dan tidak bukan dari musuh2 politik pembangkang dan kerana itu kita kena hati-hati  dan harus bijak menghadapi semua perkara.

Kita berpecah pasti kita sia-sia dan kita bersatu berkerjasama pasti akan berada di puncak gunung kinabalu dan penyatuan parti pembangkang memang ditakuti oleh pemerintah dan itu sebab ada kalangan mereka usaha berbaik-baik dengan parti lokal dan biasanya kata Nik Aziz musuh yang baik itu tentu ada niat lain dan katanya lagi sekali kena patuk ular kena hati-hati  dan elak patukan kali kedua.

SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah


No comments:

Post a Comment