OLEH:
NASPAZI CHANNEL
Monday
December 05.2016
1.
MENURUT Tun
Mustapha, pembelotan USNO dalam jalur politik Sabah 1975-1976 sebenarnya
begini; apabila Tun Razak (Malaya) mahukan 95% Minyak dan Gas Sabah untuk
Malaya, Tun Mustapha mahukan 45% Minyak dan Gas Sabah untuk Sabah; dan apabila
Malaya fitnah Tun Mustapha sebagai dictator, kejam dan kemaruk jadi CM Sabah,
Tun Mustapha balas dengan keperluan menyemak Perjanjian Malaysia 1963 untuk
menilai semula kedudukan, hak, kepentingan dan masa
depan Sabah dalam Malaysia.
2. Yang
amat malangnya ialah, apabila Malaya tubuhkan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah
(BERJAYA) pada 15 Julai 1975 yang bertujuan untuk menggulingkan Tun Mustapha,
lantas menteri-menteri dan 11 anggota pembelot dan pengkhianat DUN USNO lompat
masuk BERJAYA (parti politik ‘Made In Malaya’ pertama) di Sabah pada 17 Julai
1975.
3.
Sementelahan, penubuhan parti BERJAYA disusuli dengan pelbagai bangkai konotasi
keparat dan fitnah bangsat terhadap Tun Mustapha oleh Malaya dan bekas-bekas
menteri serta 11 anggota pembelot dan pengkhianat DUN USNO yang masuk BERJAYA,
yang juga majoriti rakyat Sabah makan dengan lahapnya fitnah bangsat tersebut,
maka Tun Mustapha jatuh juga akhirnya pada 14 April 1976, dan seterusnya status
Negara Sabah dijatuhkan menjadi negeri tanah jajahan Malaya yang ke-12 dalam
topeng Malaysia.
4.
Sehubungan itu, dengan penurunan status Negara Sabah kepada negeri tanah
jajahan Malaya; dengan rampasan 95% Minyak dan Gas Sabah untuk Malaya; dan
dengan pemansuhan harta benda (Borneonisasi) Sabah jadi hak milik Malaya atas
nama Malaysia, maka rakyat Sabah sebenarnya tiada apa-apa lagi, selain menjadi
pengemis bodoh kepada Malaya untuk terus hidup.
POLITIK
SABAH BODOH BANKRAP NASIONALISME!
- Naspazi (25 November 2016).
- Naspazi (25 November 2016).
CATATAN
DAN DEDIKASI :
“SOAL
kesahihan fakta pembelotan dan pengkhianatan oleh bekas-bekas menteri serta 11
anggota DUN kerajaan USNO dalam jalur politik Sabah (1975-1976) ini boleh
dirujuk kepada Tan Sri Herman Luping bagi pihak USNO dan Tan Sri Harris Salleh
bagi pihak BERJAYA.”
No comments:
Post a Comment