Friday, 9 December 2016

(FST) Free Sandakan Today Online…..SABAH PERLUKAN PENYATUAN BUKAN KETAMAKKAN PEMBAHAGIAN KERUSI DUN/MP PADA PRU14


Sabah! Darah Sabahan!

OLEH: NASPAZI CHANNEL
Friday December 09/2016


1. KETIKA hari pertama parti Warisan dilancarkan (17 Oktober 2016) saya ucapkan tahniah dengan harapan bergabung bersama parti-parti tempatan dalam satu unit tunggal yang bersatu block kuasa Malaya di Sabah.

2. Rupa-rupanya, dengan besar kepala dan tamaknya dia nak radu (hentam) BN dan parti-parti tempatan. Dalam erti kata lain, belum apa-apa sudah bernafsu besar memerintah Sabah dengan bersendirian.

3. Saya mungkin seorang nasionalis tapi bukan orang politik. Pendirian saya konsisten, Sabah perlukan penyatuan bukan ketamakkan.

4. Justeru, kaum Warisan boleh memilih sekarang, bergabung atau tamak. Sebab, jika BN perlu dihancurkan, maka parti yang tamak juga perlu dihancurkan.

5. Satu perkara  sahaja yang perlu diambil perhatian oleh semua ketua-ketua parti pembangkang di Sabah, sekiranya mereka mempunyai hala tuju niat-hajat-agenda yang sama dengan parti-parti pembangkang yang ada di Sabah ini untuk tumbangkan kerajaan BN/UMNO pada PRU14 nanti elakan dari perebutan kerusi sama ada kerusi DUN atau MP.

6. Biar calon-calon UMNO/BN lawan satu sama  satu contoh kalau  DAP bertanding untuk kerusi Parlimen Sandakan maka lain-lain parti pembangkang tak perlu letak calon yang sama di kawasan DAP maka semua parti pembangkang tidak kira AMANAH-PKR WARISAN-STAR-SAPP DAN PCS berkeroyokan kempen habis-habisan bantu calon DAP  untuk pastikan DAP dapat tewaskan calon BN.
  
7. Dalam pada itu   parti-parti pembangkang yang bertanding sama ada kerusi DUN/MP  maka parti-parti pembangkang tak perlu letak calon di kawasan yang sama  sebaliknya bantu calon-calom pembangkang untuk tumpas calon BN.

08.Perkara ini kalau benar-benar berlaku maka hasrat dan cita-cita semua parti pembangkang dapat  mencapai sasaran tepat dan berjaya tumbangkan semua calon-calon BN/UMNO.



“KAUM WARISAN BOLEH MEMILIH SEKARANG!"



No comments:

Post a Comment