OLEH:
NURLIYANA ABDULLAH
Friday
December 02/2016
MESYUARAT
itu satu ruang
membincangkan apa saja masalah pejabat termasuk sesuatu yang dirancang atau
boleh saja dikatakan untuk pengerusi menyatakan sesuatu yang boleh dianggap
pekeliling alias makluman.
Biasanya
setiap mesyuarat ada agenda tertentu seperti penerangan pengerusi, mengesahkan
minit mesyuarat lalu, perkara-perkara berbangkit dan hal-hal lain. Biasanya
itulah agenda mesyuarat.
Pengerusi
kena faham dan etika mesyuarat kena ikut agenda dan jangan sesekali terkeluar
dari perkara-perkara berbangkit yang dicatatkan dalam agenda kecuali untuk
kuatkan hujah boleh diperkatakan sebagai contoh.
Hal-hal
lain yang tidak berkaitan dengan agenda boleh disentuh di agenda HAL-HAL LAIN
tetapi hendaklah yang menyentuh tujuan mesyuarat bukan hal peribadi.
Saya
perhatikan selalu ahli mesyuarat tidak tahu etika bermesyuarat dan akhirnya
mesyuarat yang sepatut sejam menjadi 2 jam kesan pengerusi tidak bijak atau
kurang tahu etika mempengerusikan mesyuarat.
Ditambah
dengan ahli yang "kelabu asap" berlagak bijak tetapi sebaliknya kesan
yang tidak berkaitan dibincang begitu lama sedang yang lebih penting tidak
dibahas dan inilah antara ketidaktahuan yang berkenaan cara kendalikan
mesyuarat atau sikap-sikap ahli mesyuarat yang mengada-ngada.
Paling
buruk perangai ada ahli mesyuarat, kala seseorang berhujah, mereka di belakang
bersembang hal-hal yang tidak ada kaitan dan suara-suara mereka itu mengganggu keadaan dan yang
bercakap tidak dapat menumpu perhatian apa yang diutarakan dan orang sedemikian
maknanya kURANG ADAB alias boleh dikatakan tidak beradat atau tidak tahu adat
atau mungkin pura-pura tidak tahu
segalanya.
Untuk
kita menjadi beradat dan tahu adat atau mahu orang lain hormati kita, maka bila
mesyuarat sedang berjalan kita kena kena diam dan dengar tumpu perhatian
seseorang yang sedang bercakap itu dan jangan menyampuk sebelum seseorang itu
menghabiskan hujahnya dan yang berhak yang berhujah STOP hanyalah pengerusi dan
bukan ahli-ahli lain.
No comments:
Post a Comment