( pemimpin semua Sabahan)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU-FST
Friday
16/2016 December
MULAnya UMNO ke Sabah DS Shafie Afdal yang sama menggerakkan
dan merancang melalui belakang Tun Sakaran terus dikatakan anjing Semananjung.
Bila dipecat jawatan kabinet kesan menegur PM terkait hal 1MDB
ia digantung keahlian dalam UMNO dan kesannya ia meletakkan
jawatan/meninggalkan UMNO dan berjuang bersama WARISAN, maka terus ia dikatakan
sebagai "ketua Lanun" dan "ketua perompak" dan sekali gus
WARISAN dianggap parti lanun dan parti PTI. Soalnya apa yang mereka lanun dan
mereka rompak?
Siapa sebenarnya lanun dan siapa sebenarnya merompak khazanah
negara bangsa Malaysia dan apakah PM itu seorang pemimpin yang bersih atau
mereka itu yang di atas tidak melanun dan tidak merompak dana 1MDB?
" Warisan bukan parti Lanun dan bukan parti PTI, saya
bangsa Bajau asal dan lahir di Semporna. YB Darell Leiking asal Penampang dan demikian juga YB Terrence Siambun.
Malah semua naib2 presiden seperti YB Datuk Jaujan, YB Junz Wong dan Ybh Peter Anthony adalah anak
Sabah dan mereka bukan Lanun dan bukan PTI" Kata DS Shafie Afdal.
Tidak cukup dikatakan "Anjing" dan "ketua
perompak dan ketua lanun", seorang Shafie Afdal mantan Naib Presiden UMNO
itu juga dikatakan sama macam binatang yang namanya SAPI. Lembu punya susu sapi
dapat nama dan siapa yang pelihara lembu bantai RM250 juta? Itulah sebenarnya
perompak dan lanun moden di akhir zaman.
" Biarlah mereka menghina saya dan saya tidak akan menghina
mereka dengan kata-kata yang sedemikian dan WARISAN akan terus melakukan
jelajah WARISAN ke seluruh Sabah. pekan, kampung akan kami datangi nanti untuk
menjelaskan visi dan perjuangan parti WARISAN " katanya lagi.
Ditanya soal gabung dan melalui ucapan ia katakan yang parti
warisan tidak kejar jawatan, tidak kejar jadi calon atau YB atau jawatan
menteri tetapi yang lebih utama perjuangan untuk rakyat Sabah dan rakyat Sabah
merupakan segala-galanya dan merekalah yang menentukan semua perkara melalui
undi di PRU14 nanti.
" Sabah memang ramai parti dan kita akan pilih secara
hati-hati mana-mana yang sesuai dan pastikan ada harapan untuk menang di PRU14
akan datang " Kata DS Shafie Afdal lagi.
Di acara di kampung Kukut itu DS Shafie menerima borang
penyertaan dari pelbagai bangsa sekitar 3,491 orang/borang dari Sipitang dan
3,595 orang/borang dari Beaufort dan kepimpinan di Sipitang dan Beaufort akan
terus berusaha mendapatkan lebih ramai keahlian.
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
No comments:
Post a Comment