OLEH:
SHAIMON S JUMADI
Rabu Desimber 07/2016
SEJAK kebelakangan ini jentera United Sabah
Alliance Parti (USA) asyik menghentam
habis-habisan Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang diasaskan oleh Datuk Seri
Shafie Apdal- Junz Wong dan Darell Leiking.
Pelbagai
tomahan dan tuduhan dilemparkan oleh USA
terhadap perjuangan WARISAN mula-mula ditubuhkan lagi sehingga ke hari ini ahli-ahli USA
menaruh perangka buruk kepada WARISAN
kononnya WARISAN adalah tajaan UMNO/BN sebab pemimpin utamanya DS Shafie adalah
mantan ahli UMNO yang telah disingkir.
Akan
tetapi tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan oleh para jentera USA sedikitpun
tidak akan menggugat melemahkan perjuangan WARISAN malahan sekian hari sekian
lama WARISAN mendapat tempat dan bertaktah di hati rakyat Sabah yang berbilang
kaum antaranya Kadazan-Murut-Cina-Dusun dano rang-orang bumiputera Islam dalam
32 aknik telah menyertai WARISAN.
Mereka
tahu dan sedar hanya WARISAN satu-satunya parti local yang bakal mampu
mentadbiran kerajaan negeri Sabah pada
selepas PRU14 nanti jika tiada penyelewengan parti-parti pembangkang
yang ada di sabah.
Ada
khabar-khabar angin bahawa USA akan bekerjasama
dengan Datuk Seri Musa Hj Aman
dan Datuk Hanifah Hj Aman mengenai perkara –perkara 20 perjanjian Sabah
Tuduhan
terhadap WARISAN oleh jentera USA kini telah memakan diri mereka sendiri
Marilah
ikuti tulisan saudara Jalin Luin bertajuk “ STAR SILA NAFIKAN KERJASAMA DENGAN
HANIFAH AMAN” terbitan pada 7hb Desimber
2016.
Jentera USA sibuk menghentam Presiden Warisan. Walhal musuh
seteru mereka adalah BN yang diketuai oleh Datuk Musa Aman dan Datuk Anifah
Aman tapi didiamkan. Malah ada hubungan kerjasama dengan Datuk Anifah bagi
menuntut hak hak Sabah melalui diplomatik yang bertentangan dengan pendekatan
yang digunakanoleh STAR yang agak extreme. Logik kah?
Kalau
benar BN ada hasrat yang baik, tidak usaha membuat kajian yang memakan berbulan
bulan, usulkan saja di sidang dewan dapatkan kelulusan. Lepas itu pindah balik
perlembagaan negeri yang telah digubal. Dengan demikian, masyarakat Sabah akan
mendapatkan balik hak mereka dan USA sebagai pembangkang akan perlahan lahan
dilupakan oleh masyarakat Sabah, menjadikan Sabah kekal menjadi simpanan BN.
Susah kah, sedangkan kuasa ada di tangan?
Bikin
hairan, benarlah dakwah setengah masyarakat Sabah, USA hanyalah alat kepada BN,
supaya pembangkang di negeri ini tidak mendapat kekuatan. Apa lagi selepas
kewujudan Warisan yang berusaha keras menumbangkan BN aka UMNO.
Penyokong
USA kena tahu. tidak ada kalangan pemimpin gabungan USA yang pernah menjadi
pemimpin utama sebaris dengan pemimpin pemimpin BN, jadi mereka tidak tahu
kelicikan BN di dalam mempertahankan kekuasaan mereka.
Kerana
itu sejak sekian lama kompenan USA menjadi pembangkang di negeri Sabah, tapi
tidak berjaya menggegarkan BN. Penyokong pembangkang di negeri Sabah kan kena
pandai menilai kemampuan pemimpin pemimpin pembangkang, terutamanya di kalangan
USA.
Secara
logiknya kalau perjuangan Sabah For Sabahan oleh Dr Jeffrey ada jalan dan
kebenarannya pasti sudah lama diakui oleh abangnya Datuk Joseph Pairing
Kitingan. Tapi tidak berlaku, ini kerana Datuk Joseph Pairing Kitingan tahu,
hakikatnya STAR atau USA berada di pihak BN yang dalam diam di tentang oleh
Datuk Joseph Pairing Kitingan?
Admin
cabar pemimpin pemimpin USA untuk menghentam Datuk Anifah Aman, sekaligus
nafikan kerjasama sebelum ini.
No comments:
Post a Comment