( malam lusa 23 Disember jangan lupa)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU-FST
Wednesday
2016/21 December
SALAM krismas, salam pagi, salam
bahagia, salam hormat, salam ceria dan di luar mentari bercahaya terang
menjanjikan kebahagiaan meski dalam hati ada gundah terasakan.
Kesian, orang kampung terus hidup derita perit luka kesan
dijanii pelbagai sedang hidup menghimpit duka hati terseksa tetapi mereka tidak
berdaya kesan dimiskinkan dan doa terus ke langit diturunkan rahmat hidup
berkat.
Tiba-tiba saja namanya WARISAN melompat-lompat. Mula di
kota menjalar lingkar ke kampung halaman, mukim, desa, lurah perbukitan,
gubug-gubug dan semula ke kota pekan
termasuk rumah-rumah persundalan.
Memang panas dan di kedai kopi sebutan WARISAN jadi
bualan dan serentak itu namanya Shafie dan Darell Leiking terus
menjadi pokok perbincangan antara mereka. apa istimewanya mereka ini?
Bila ada perhimpunan maka di situ kita lihat ribuan
datang dan ribuan kepingin mendengarkan ucapan seorang Shafie dan yang lain
pemimpin.
Kenapa begitu? apakah ucapannya lebih baik banding
seorang Musa atau seorang Pairin atau barangkali lebih baik banding seorang
DDJK?
Ah, rakyat Sabah bijak menilai dan rakyat Sabah tahu
semuanya dan rakyat Sabah tidak seperti dulu dan rakyat Sabah tidak boleh lagi
diperlakukan seperti dulu.
Mereka rata-rata bijak dan anak muda terus berdatangan
berbondong-bondong hadir bertanyakan
borang dan siap berjuang setia rela berkorban apa saja demi masa depan negara
bangsa kitani.
Biasa kenal dulu baru cinta, tetapi untuk WARISAN mereka
tidak peduli itu dan kenapa saja mereka demikian? Kekadang saya sendiri juga
tidak tahu dan rakyat lebih tahu keadaan sebenarnya.
Yang jelas rakyat Sabah sudah sekian lama tertekan,
kebahagiaan yang dijanjikan ternyata janji-janji palsu yang tidak tertunaikan. Mereka kata
berniat baik, niat baik itu untuk siapa katanya seorang Rendra dan siapa saja
yang datang mencuri segala khazanah negara, penuhi kantung anak bini serta suku
sakat terdekat? masa itu tidak tahu. Hairan!
Mereka kata mereka dahulukan rakyat, apakah itu benar
atau hanya klentong auta janji manis penuh bobrok dan kenapa saja Sabah disebut
dan dikenali sebagai wilayah TERMISKIN hidup rakyat terseksa menangis tanpa air
mata? Ini harus ditanyakan dan apa saja jawaban?
Jawaban mereka jelas kutukan, hinaan, maki hamun dan
dituduh dengan segala macam yang auta rasuah sedang berjuta wang di rumah
pegawai negeri dan jabatan terhimpun.
Yang makan lain dan nangkanya terkena seorang Shafie yang
tidak tahu apa-apa. Kesihan mereka dan sekarang kes itu didiamkan, lalu ke mana
saja wang berjuta dan kenapa pencuri begitu bebas? memang inilah sebuah
permainan, sedang mereka yang tertangkap itu orang mereka sendiri, seorang
Shafie tidak kenalpun namanya yang terlibat itu. Binawi jahat sangat.
Begitulah sikap dan olah untuk menjatuhkan segala macam
tuduhan dan kaki-kaki fitnah tanpa ingat dosa sama Allah terus menjalankan
suntikan ke halaman rumah rakyat seolah seorang Shafie itu begitu jahat dan
hina di mata mereka. Kesihan, perangai dan olah mereka jelas kelihatan di mata
rakyat.
Nah, persoalannya sekarang kenapa saja rakyat terus
mendatangi WARISAN? apakah kerana bahtera nabi NUH yang selamatkan umat
manusia? atau kerana WARISAN itu memang sesuatu budaya yang harus
dipertahankan? atau mungkin ada hal lain yang menyebabkan mereka datang
berbodong-bodong. Banyak persoalan yang dibangkit tapi rata2 tidak peduli itu
terus datang ke rumah warisan meski tak kenal tak cinta.
Kekadang persoalan demi persoalan datang ke halaman rumah
hingga saya sendiri tidak mampu menjawab persoalan dan teka teki tentang
WARISAN dan akhirnya saya sendiri kekadang merasa letih untuk berbicara kesan
keletihan dan itu sebab kekadang saya mendiamkan diri sebab tidak mampu
menjelaskan/tidak berupaya.
Nah, untuk itu mari bersama datang ke acara sembang dalam
siri jelajah warisan di hotel LINTAS VIEW tarikhnya 23 Disember, jam 7-10
malam. Sila datang ya dan saya sendiri akan ada di sana. Kita ketemu di sana.
Jangan tak datang, mesti datang untuk kenal lebih kenal
warisan dan sesiapa saja bisa bertanya meski ada yang tak suka, sekadar datang
tidak apa sebab pintu warisan terbuka asal hati ikhlas telus demi sabahan yang
terpinggirkan selama nian.
Hari ini tanggal 21 dan esok 22 makna 23 itu Jumaat acara
berkenaan diadakan hanya sesudah esok. Iya, sesudah esok.
Jangan lupa, kita ubah Sabah demi negara anak bangsa
kitani untuk elak merempat nantinya di musim-musim mendatang.
Sabah kena ubah
UbahSabah
UbahSabah
UbahSabah
UbahSabah
UbahSabah
UbahSabah
No comments:
Post a Comment