OLEH:
NURLUYANA ABDULLAH (FST)
Saturday
December 10/2016
DALAM
sejarah Sabah yang tidak
dicatat atau dilupakan ramai tidak tahu siapa Kamunta, Timus, Sarah, Santara
yang menyerang pulau gaya.
Kemudian
disebut juga nama si Langkap, si Gunting pembantu Mat Saleh dan kemudian
disebut juga ketua Murut nama Lingam yang ditangkap oleh kompeni diketuai oleh
GG Wooley.
Dalam
tahun 1915 rombongan Baboneau yang pindah dari Rundum ke Pensiangan diserang
hendap oleh orang Murut yang dianggap menentang kerajaan kompeni ketika itu.
Kesan
serangan itu Baboneau tidak tahan dan terpaksa berpatah balik melalui
bukit-bukit untuk menyelamatkan diri.
Hebatnya
orang Murut ketika itu telah membakar rumah2 kompeni di Pensiangan dan itu
diketuai oleh Antanom dan sesudah itu Antanom sekali lagi membawa orang-orang Murut menyerang pejabat Baboneau di Rundum dan
Antanom anggap serangan itu sebagai perang agama.
Baboneau
segera menghantar utusan meminta bantuan orang-orang di Tenom ketika itu tetapi sebelumnya
dikatakan Antanom dapat dibunuh. Hal ini tidak ditulis dan tidak dijadikan
sejarah sebab kerajaan yang ada tidak mahu Sabahan tahu sejarah itu.
Bantuan
yang tadi dari Tenom sampai tepat waktunya dan orang-orang Antanom diberitakan
undur ke kubu mereka di sebelah hilir dan sejak itu berakhirnya pejuangan
Antanom terhadap kompeni.
Sikap
dan perjuangan Antanom harus dijadikan contoh dan bangsa Murut yang ada harus
bangun sama menuntut hak yang disalahguna oleh pemimpin sebelumnya dan masa
kini.
Sekarang
apakah bangsa Murut tidak rasa teraniaya? dan apakah bangsa Murut tidak ingat
sejarah bangsa Murut di Nabawan kena halau dari tanah adat dan berapa banyak
tanah adat dirampas diambil begitu saja dan hutan tidak boleh lagi diguna oleh
Murut untuk mencari makan.
Murut
memang tidak kurang yang punya kelulusan tetapi berapa orang Murut cucu Antanom
mendapat tempat di kerajaan sejak dulu hingga kini? Pernahkah bangsa Murut ini
menjawat jawatan tertinggi seperti bangsa lain di Sabah? Kalau adapun berapa
orang dan mungkin hanya satu dua yang secara kebetulan.
Yang
lain, cuba perhatikan di Tenom kampung saya hingga sekarang meski merdeka
bertahun2 masih lagi belum memiliki paip air dan famili saya mandi di sungai
padahal lokasi hanya setengah jam dari pekan Tenom/lebih kurang 10 minit jalan
kaki di lokas DS Shafie Apdal/WARISAN adakan perhimpunan politik yang hadir
16,000 orang bulan lalu di kampung Paal Tenom.
Kenapa
hal ini tidak dapat diselesaikan sejak merdeka dan yang jelas ramai bangsa
Murut ini terbiar terpinggir dan dilupakan di mana-mana meski punya kelulusan
universiti dan kesannya "Sabah Kaya, Rakyat Menderita Pemimpin Mewah"
Kepimpinan
apa yang maksudnya seperti dikatakan dan di mana seorang Musa bin Aman dan apa
yang telah dilalkukan oleh YB Rubin Balang dan YB Parlimen di Tenom atau mereka
itu hanya makan gaji buta dan rakyat dilupakan tetapi di musim PRU mereka
datang kerumah dengan janji setinggi gunung dan akhirnya haprak dan menipu
rakyat.
No comments:
Post a Comment