Written by Admin
Selasa Disember
10,2013
OLEH SHAIMON S JUMADI
LIBARAN:- Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Libaran, Karmi Ariffin (gambar) berkata pengumuman pucuk kepimpinan parti yang Sabah masih kekal sebagai negeri paling ramai dengan keahlian sebanyak 518,773 orang membuktikan bahawa kepercayaan rakyat terhadap parti keramat tersebut.
Bercakap kepada Wartawan Free Sandakan
Today di sini, kelmarin dia yakin keahlian Umno di negeri ini akan terus bertambah
berikutan pendekatan parti diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Razak benar-benar memenuhi kehendak dan aspirasi ahli khususnya di peringkat
akar umbi.
"Ini menunjukkan yang parti sudah
mulai diterima ramai apatah lagi usaha mewujudkan transformasi yang membawa
banyak kebaikan kepada parti itu sendiri. Saya yakin dan percaya transformasi
yang dilaung-laungkan oleh Datuk Seri Mohd Najib membolehkan Umno merentasi
zaman dan masa sekali gus mendepani cabaran untuk menjadi sebuah parti yang kukuh
dan terus diterima," katanya.
Karmi turut gembira kerana Kampung Tinusa
di kawasan Libaran ini merupakan cawangan paling ramai ahlinya iaitu 1,855
orang yang jelas menunjukkan kepercayaan rakyat terhadap parti pembela bangsa,
agama dan negara itu.
Katanya, kesungguhan pemimpin Umno ternyata
tidak sia-sia apabila parti terus bertakhta di hati rakyat sekali pun
pihak-pihak tertentu cuba merosakkan kekuatan parti demi kepentingan mereka.
"Namun, semua itu tidak berhasil
malahan rakyat terus memberikan kepercayaan dan buktinya Cawangan Umno Kampung
Tinusa diumumkan sebagai cawangan paling ramai anggotanya.
"Saya yang mewakili Puteri Umno
Libaran sesungguhnya teruja dan berbangga dengan pencapaian cawangan di kawasan
ini yang menjadi penyumbang terbesar kepada kekuatan Umno yang bertunjangkan
Barisan Nasional (BN)," tegasnya.
Sambil menyatakan keyakinannnya BN akan
beroleh kejayaan besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti, beliau
berkata ucapan dasar dan penggulungan oleh Presiden Umno pada Perhimpunan Agung
Umno Malaysia Ke-67 yang berakhir pada Sabtu lepas menunjukkan kesungguhan
pemimpin nombor satu negara ini untuk membela nasib orang Melayu dan
Bumiputera.
Karmi tertarik dengan ucapan Datuk Seri
Mohd Najib yang akan berusaha meningkatkan syiar Islam di negara ini selain
memperkasakan agenda ekonomi bumiputera sejajar dengan transformasi parti dan
kerajaan.
"Ucapan dasar dan penggulungan beliau
benar-benar menyuntik semangat kepada kami di dalam Dewan Merdeka untuk
berusaha lebih gigih lagi ke arah memperkasakan parti yang telah mengangkat
"Oleh itu, Puteri Umno Libaran akan
memainkan peranan dengan memfokus program-program mendekati rakyat di peringkat
akar umbi dalam usaha menarik lebih ramai untuk menyertai Umno nanti,"
katanya.
No comments:
Post a Comment