Sunday, 15 December 2013

IBUBAPA HARUS BERIKAN DORONGAN DAN SOKONGAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK....NORAINI SULONG


 
Written by Admin
Sunday December 15,  2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:-  Sesungguhnya anak-anak kita adalah harapan bangsa dan negara. Anak-anak ini juga bakal mengambil alih tugas yang kita mainkan pada hari ini, sama ada kita sebagai ibu, seorang bapa seorang guru  seorang pegawai  tadbir ataupun seorang pemimpin.

Anak-anak ini jika dididik dengan semporna sudah pastinya  bakal menjadi seperti yang saya sebutkan  tadi pada masa hadapan, itulah harapan kita dan harapan negara kita untuk melihat anak-anak bangsanya berjaya dalam pelbagai bidang


Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan Noraini Sulong ketika berucap merasmikan  Majlis Sumbangan Pelajar Cemerlang USPR dan SRU anjuran Persatuan  Seni dan Tradisi Bajau Kudat (PSTBS) Sandakan di langsungkan di Ballroom Sabah Hotel di sini petang tadi.


“Kita sedia maklum, negara kita sedang berada dia atas landasan menuju satu cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2010, iaitu lebih kurang lima tahun dari sekarang kerana pada tahun keenam yakni pada tahun 2020 negara kita sudah menjadi negara maju setanding dengan negara-negara luar lainnya.” Ujar Noraini.

Justeru itu, tambah Noraini penganjuran program pada hari ini sangat tepat  pada masanya, kerana anak-anak kita yang diraikan  pada hari ini bakal bergelar graduan pada tahun 2020 Insya Allah salah satu pentunjuk untuk  menjadi negara maju dalam menjana tahap pendidikan rakyat yang berjaya.


“Maka sudah sampai masanya, kecemerlangan anak-anak dalam mana-mana tingkat peperiksaan akademik wajar dirai dan dihargai kerana kecemerlangan anak-anak ini  tidak datang dengan sendirinya” terang Noraini.
 
Namun begitu sambungnya ini adalah gabungan kecemerlangan ibubapa, guru-guru, pihak sekolah selain  daripada  kecemerlangan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Kata Noraini rakyat harus sedar bahawa kerajaan yang sedia ada sekarang sentiasa memperkenalkan  dasar-dasar tang terbaik khususnya  dasar yang berkaitan dengan pendidikan  akademik.


“Namun sebaik mana dan secanggih manapun dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan ia tidak akan  menjanjikan apa-apa kejayaan  terhadap seseorang murid tanpa sokongan golongan pentadbir. tenaga pengajar, guru-guru, ibubapa termasuk penjaga” katanya.


No comments:

Post a Comment