Monday, 16 December 2013

ANAK-ANAK IBARATKAN SEHELAI KAIN PUTIH DICORAK HITAM-HITAMLAH DIA.....NORAINI



Written by Admin
Isnin Disember 2013

OLEH AZMIN AZMAN
FOTO SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong berkata Rasulullah S.A.W. pernah berpesan  bahawa anak-anak kita adalah ibaratkan sehelai kain putih,  maka ibu bapalah yang mencorakan dan membentuk jati diri kanak-kanak.

Sebaliknnya Rasulullah tambah Noraini  juga pernah bersabdah supaya kita menyampaikan apa-apa sahaja  yang  kita ketaui  daripada Baginda, justeru di sinilah peranan guru-guru sebagai Muallim dan penyebar ilmu yang sebenarnya.

“Adik-adik adalah anak-anak Malaysia yang sangat diperlukan dan dikehendaki oleh generasi akan datang, saya adalah kakak dan ibu kalian, maka ingatlah pesanan kakak ini, ingatlah dua minggu dari sekarang adik-adik  akan menjejakan kaki melangkah ke sekolah yang lebih tinggi iaitu peralihan sekolah menengah” ujarnya

 Katanya di Sekolah menengah adik-adik tidak lagi mendengar perkataan seperti  Tahun Satu hingga  tahun enam atau darjah satu hingga menyebut darjah enam di sekolah menengah adik-adik akan mendengar   perkataan Tingkatan satu hingga Tingkatan enam.

“Justeru  itu adik-adik harus bijak berfikir dan menggunakan akal untuk kebaikan diri adik-adik, kebaikan keluarga, kebaikan sekolah dan kemajuan sekolah lantas adik-adik belajarlah bersungguh-singguh sehinga menempuhi kejayaan seperti yang diharap-harapkan  oleh kedua ibubapa” katanya lagi.

Noraini berkata demikian ketika berucap dimajlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang UPSR dan SRU anjuran Persatuan Seni dan Tradisi Bajau Kudat  yang diadakan diasalah sebuah hotel terkemuka dekat sini kelmarin.

“Sepanjang pengetahuan saya program meraikan pelajar cemerlang yang dianjurkan Persatuan Seni dan Tradisi Bajau Kudat adalah program yang julung-julung kali diadakan oleh pihak NGO di daerah ini, syabas dan tahniah kepada pihak penganjur dan barisan kepimpinan serta jawatankuasa pelaksana” ujarnya.

Tambahnya program seumpama ini haruslah diteruskan pada setiap tahun dan kaedah sebegini memberi impak  disamping  menyuntik  semangat  kepada pelajar-pelajar lainnya  supaya mengikut jejak mereka yang terdahulu  mendapat anugerah tersebut.


No comments:

Post a Comment