Monday, 30 December 2013

KERAJAAN BN/UMNO AKAN USIR PENYOKONG PAS,DAP DAN PKR KELUAR DARI MALAYSIA KERANA TIDAK SOKONG BN...ZAITUN UMNO

Monday December 30,2013   By Admin






 Oleh  Omar Shah Safuddin


SHAH ALAM:=Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, ia berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) yang lebih inklusif memenangi hati rakyat dengan cuba memberi khidmat secara ikhlas, sebaliknya pemimpin Umno gagal memahami apa yang baik dan betul untuk rakyat.
“Ketua Wanita Umno itu membutakan mata terhadap masalah rakyat,” katanya yang dipetik daripada Suara Keadilan.
 
Zuraida turut mempersoalkan kewajaran cabaran Zaiton memandangkan keputusan pilihan raya lalu memperlihatkan hanya 47 peratus rakyat Malaysia menyokong Barisan Nasional (BN).
 
“Tiada seorang pun ahli Umno diminta supaya meninggalkan Malaysia walaupun mereka sudah menjadi golongan minoriti di negara ini,” katanya.
 
Pada 28 Disember lalu, Zaiton dilaporkan meminta rakyat Malaysia meninggalkan negara ini jika tidak suka kerajaan BN.
 
Sehubungan itu, Zuraida berkata, kenyataan Zaiton menunjukkan sikapnya yang tidak bertamadun dan ketinggalan zaman.

“Punca kemerosotan teruk sokongan rakyat kepada Umno-BN kerana orang Melayu mula sedar bahawa selama ini mereka tertipu. Dasar Ekonomi Baru yang kononnya diwujudkan bagi meningkatkan ekonomi Bumiputra hanya mengkayakan segelintir kroni.
 
“Kegagalan itu membuktikan Umno bukan juara orang Melayu. Pemimpin mereka sibuk memperjuangkan poket sendiri, sedangkan majoriti rakyat terbeban dengan cukai dan kenaikan harga barang,” katanya.
 
Beliau turut menuntut Zaiton memohon maaf atas ketelanjurannya mengeluarkan kenyataan yang bertindak mengguris hati rakyat di negara ini

"Saya cabar Zaitun buat laporan polis suruh tangkap semua penyokong DAP, PAS dan PKR walaupun mereka tidak bersalah kerana UMNO dan Zaitun mendakwa mereka ini tidak menyokong UMNO dan BN harus keluar dari Malaysia.

Saya tahu UMNO ada kuasa mutlak suruh Perdana Menteri  Malaysia arahkan ROS membatalkan semua permit dan sijil pendaftaran parti mereka gunakan kuasa polis halau semua penyokong pembangkang yang ada di negara ini seorangpun jangan ada yang tinggal.

Zaitun menganggap negara Malaysia adalah kepunyaan UMNO/BN bukan kepunyaan DAP, PKR dan PAS bagus juga Zaitun bercakap sedemikian ini akan mencetuskan kemarahan rakyat terutama sekali bangsa Cina, India termasuk rakyat di Sarawak dan Sabah yang tidak menyokong BN harus keluar dari negara ini, ini adalah arahan muktamat kerajaan BN/UMNO ujarnya. 

Kata Zuraidah lagi sudah enam orang Perdana Menteri dari zaman Tunku Abdul Rahman Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Thun Mahathir,  Ahmad Badawi sehingga Dato Najib ke enam-enam orang ini tidak berani mengatakan kalau rakyat tidak menyokong BN harus keluar, Zaitun memang hebat ini akan mengubur UMNO sendiri kalau cara seorang pemimpin seperti Zaitun bertindak akan mengusir ahli-ahli pembangkang keluar dari negara ini UMNO dan BN memang cari nahas.
 

No comments:

Post a Comment