Sunday 8 December 2013

ANUGERAH BARU PEMANDU LORI YANG GEMAR LANGGAR ORANG MATI ADALAH HERO JALAN RAYA?



Written By Admin
Ahad  8-Disember 2013

DARIPADA  MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI

SAYA  amat tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Admad Saujan dari Kudat seperti yang tersiar di portal ini (free Sandakan Today) pada 7 Disember 2013 bertajuk” Sudah Jadi Budaya Pemandu Lori Gemar Melanggar Kereta, Pejalan Kaki” perkara ini harus dipandang serius oleh masyarakat khususnya pengguna Jalan Raya itu sendiri,
 
Bagi pendapat saya 70 peratus pemandu lori yang memandu lori besar  3 hingga 4 ton mereka angkuh pertama suka menghimpit kereta-kereta kecil termasuk juga motorsikal.

Sesetangah pemandu lori kalau mereka melanggar kereta kecil seperti Pacuan 4 Roda, Kancil, Viva, Proton Saga merangkumi motorsikal dan pejalan kaki  sehingga meragut beberapa nyawa bagi mereka adalah HERO DI JALAN RAYA.

Mereka bangga membunuh manusia dalam 10 hingga 12 orang dalam satu masa inilah permainan para pemandu lori jelas ini sudah menjadi satu trand dan budaya yang terus diamalkan oleh para pemandu lori sejak dari dulu sehingga kini.

Ramai pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pastinya kita jarang-jarang sekali mereka diumbat ke penjara paling-paling denda RM5,000.00 gantung lesen namun masuk penjara jauh sekali.

Inilah membuat para pemandu semakin besar kepala kerana pihak  JPJ  tidak begitu serius atau mengambil tindakan tegas kepada para pemandu lori yang kerap melanggar orang sampai mati.

Menurut saksi yang enggan dikenali, orang ramai mulanya datang menghulurkan bantuan kepada mangsa tetapi mereka bertukar marah apabila mendapati cukai jalan lori berkenaan telah tamat tempoh selain mengetahui kenderaan itu dipandu laju.
 

Pernah juga saya berjumpa dua tiga orang pemandu lori tanker yang pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya katanya dia sudah dua kali melanggar motorsikal yang ditunggangi oleh Pakistan di Batu 75 Jalan Telupid ditinggal begitu saja tanpa dibantu .

“Memang benar kalau kami melanggar orang sampai mati kami adalah Hero Jalan Raya siapa mahu ambil tindakan JPJ tutup mata saja” kata seorang pemandu yang tidak mahu disebut namanya.

Bagi pandangan peribadi saya mana-mana pemandu lori yang terlibat melanggar sama ada disengajakan atau sebaliknya kalau kedapatan  belasah habis-habisan jangan kasih mati kasih separuh mati baru hantar ke Balai Polis yang berhampiran.

Disebabkan buat masa ini tiada  orang yang berani mengambil tidakan sedemikian rupa maka fenomena ini telah menggalakan lebih ramai lagi pemandu lori berkenaan gemar sudah menjadi satu  hobi melanggar orang.

Kejadian melangar pejalan kaki oleh pemandu lori telah melibatkan seorang gadis  tinggal di Taman Mesra Sandakan  pada tahun 2007 semasa gadis itu dilanggar pada malam lebih kurang jam 7 sebelum jalan raya Bypass Jalan Utara siap sepenuhnya.

Sudahpun  dilanggar ditinggal begitu saja tanpa membantu gadis yang berkecai isi tubuh badannya...jadi jangan hairan sudah sudah sebati kepada pemandu lori yang gemar melanggar manusia perbuatan ini akan diwari anak-anak meraka nanti sehingga 7 keturunan.

Kalau benar mereka HERO JALAN RAYA kenapa  pihak kerajaan khususnya JPJ tidak  memberi pingat atas jasa keberanian pemandu-pemandu lori yang kerap melanggar orang sampai mati.

Pemandu lori terlibat kemalangan dibelasah (UTUSAN)

PULAU PINANG 2 Jan. - Seorang pemandu lori terpaksa dikejarkan ke hospital setelah dibelasah orang ramai yang berang selepas kenderaannya merempuh empat buah motosikal yang berhenti di simpang lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, seorang penunggang motosikal patah kaki manakala dua lagi termasuk seorang wanita cedera ringan selepas dirempuh lori membawa muatan pasir berkenaan.

Difahamkan, lori yang dipandu laju oleh lelaki berusia 40-an itu hilang kawalan dan gagal membrek setibanya di simpang lampu isyarat berkenaan sebelum melanggar motosikal terbabit.

Menurut saksi yang enggan dikenali, orang ramai mulanya datang menghulurkan bantuan kepada mangsa tetapi mereka bertukar marah apabila mendapati cukai jalan lori berkenaan telah tamat tempoh selain mengetahui kenderaan itu dipandu laju.

"Mereka kemudian membelasah pemandu lori berkenaan sebelum kesemua mereka yang cedera termasuk lelaki yang dibelasah itu dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan," katanya ketika ditemui di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam satu kejadian berasingan di Batu Uban, seorang wanita dipercayai warga Indonesia yang tidak diketahui identitinya maut ggar lari oleh sebuah kereta ketika cuba melintas jalan.



Dua mangsa  yang dilanggar lori di bawah ini sampai mati
kemalangan.. ada kah ini satu kebanggaan kepada pemandu lori yang gemar melanggar orang sampai mati JPJ harus memberi pingat kepada pemandu lori yang terlibat berbuat sedemikian

No comments:

Post a Comment