Written by Admin
Saturday 7 December 2013
OLEH: CHARLES P ANDIANG
&
SHAIMON S JUMADI

Hakim
Mahkamah Datuk Yew Jen Kie juga
memerintahkan Isnin supaya membayar kos RM50,000 kepada Lajim.

untuk
mengundi beliau di kawasan Dewan Undangan Negeri Klias pada PRU13.
Sejurus selepas
keputusan diumum, Isnin memaklumkan pemberita bahawa beliau akan mengemukakan
rayuan berhubung keputusan itu.
Sementara
itu, Lajim yang kelihatan terharu dengan keputusan berkenaan, menerima sorakan
daripada penyokongnya di luar mahkamah.
Isnin menamakan
Lajim, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Klias Jupari @ Jupty Etok dan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden.

Isnin
memfailkan petisyen itu kerana mendakwa berlaku perbuatan rasuah serta
penggunaan bahan kempen yang tidak memaparkan nama pencetak semasa kempen
pilihan raya di kawasan berkenaan.
Beliau
diwakili peguam Jaapar Esteban, Rizuan M Borhan, Saiful Azian Mokhtar dan
Muamar Julkarnain manakala Lajim oleh peguam Datuk Chau Chin Tang dan Datuk
Lawrence Thien.
Pada pilihan
raya umum 5 Mei lepas, Lajim memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 179 undi.
No comments:
Post a Comment