Friday 6 December 2013

BUAH JENGKOL (JERING) DAN UDUK-UDUK (SENGGANEN) BOLEH MENGUBATI KENCING MANIS


Written By Admin

Friday December 6,2013

KIRIMAN : SUMARDI  SUPARDI

LAHAD DATU:- POKOK Jering atau disebut Jengkol dia merupakan tumbuhan liar kebanyakan tumbuh di atas bukit atau di hutan-hutan berhampiran seperti di kawasan Bukit Bendera (Trig Hill)  lebih 1,000 pokok tumbuh dengan suburnya tampa  di simpan baja.

Jering ataupun Jengkol dia terdapat dua jenis yang satu disebut Jengkol Pulut Jengkol kontengan  ia keras sedikit kalau  diresbus (digodok) memakan masa yang agak lama itupun belanga  tempat merebus disimpan paku ia depanggil sukang.

Sementara jering pulut  agak lebut direbus lebih kurang 2 jam begitu jengkol tadi sudah empuk dan biasanya dimakan menggunakan kelapa parut dibubuh sedikit garam dan gula.

Bagi sesetengah orang Jawa pula jengkol ini di buat lauk yang dipanggil Semur Jengkol ataupun dibuat ulam makan mentah-mentah saja tumbuk  hingga lumat makan dengan sambal  terasi dengan Lombok rawit  (belacan).

Khasiat makan jengkol ia boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan juga kelori (gula) dalam badan ini paling cocok kalau ada orang yang mengidap kencing manis.

Bagi masyarakat cina pula mereka tidak berapa doyan makan jengkol antara sebab rasa pahit kedua kalau kencing baunya bukan alang kepalang meraka pula mengambil akar pokok jengkol mereka kisar dengan Blander kemudian dimasukan ke plastic kapsul mereka jual satu botol jering kapsul harganya RM20.00 dalam 60 biji.

Sekarang harga jengkol di pasaran agak mahal  1 kg harga biasa kalau musim  banyak buah tidak kurang RM4.00 kalau bekalan sedikit 1 kg RM7.00 sedangkan pokok jengkol tumbuh sendiri.
Petuah kalau jengkol tidak mahu rasa pahit rebus dengan daun uduk-uduk atau Jawa bilang pokok Sengganen.

Pantangnya kalau mahu ambil buah jengkol jangan sesekali kencing dipokok jering nanti orang Jawa bilang kejengkolan (kejeringan) susah mahu kencing ini banyak sudah berlaku di kampung saya Kg Jawa Lahad Datu,

Selain buah jengkol sebagai ubat kencing manis tidak kurang pentingnya pokok uduk-uduk (disebut Pokok Sengganen) sama ada akarnya atau daunnya direbus kemudian masukan ke dalam botol bila sudah adem (sejuk) rasanya memang kelat sedikit minum pagi dan petang Insya Allah gula dalam badan turun menjunam.

Saya memang ada kencing manis kandungan gula dalam badan saya 20 memang tinggi bila saya amalkan saban hari pagi,sore dan malam saya minum air rebusan sengganen tadi bila periksa gula di Hospital turun hingga 8.1 doktorpun rasa heran tiga bulan yang lalu tinggi banget.

 POKOK....Uduk-uduk (Sengganen)
ubat kecing Manis  banyak kegunaannya daun ini boleh menghilangkan rasa kepahitan untuk merebus bunga kepayas (betik)





No comments:

Post a Comment