Written by
Admin
Saturday December 21.2013
OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyokong DAP dan para pengundi P186 Sandakan kerana memberi sokongan padu tidak berbelah bagi terhadap perjuangan DAP yang terus dapat menerajui kepimpinannya hingga 2016 untuk berkhidmat kepada rakyat jelata khususnya kawasan Parlimen Sandakan.
Ini jelas dan terbukti dimana calon Barisan Nasional (BN) daripada
komponennya iaitu LDP yang tewas pada PRU 13 ditangan pembangkang lalu
kerana rasa tidak puas hati atas
kemenangan calon DAP iaitu Stephen Wong dua kali telah menfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi
Sandakan dan Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur
dengan tujuan untuk membatalkan kemenangan calon DAP sebagai tidak sah tetapi telah ditolak
mentah-mentah oleh kedua-kedua Hakim Mahkamah kerana tidak mempunyai bukti yang
kukuh.
“Sebagai Ahli Parlimen yang telah diberi mandat oleh rakyat yang
berbilang kaum saya akan terus berkhidmat kepada rakyat untuk membela bagi menyampaikan
suara-suara rakyat yang berdepan pelbagai masalah kepada pihak kerajaan ini terpulangnya kepada
kerajaan untuk mengambil sebarang tindakan atau sebaliknya” tegas Wong.
Wong berkata rakyat bukan saja di Sabah menderita bahkan rakyat disemenanjung terus terhimpit
dalam mengharungi kehidupan seharian kerana sarah hidup (cost of Leaving ) semakin meningkat bukan saja harga barang-barang keperluan naik melambung bahkan tariff elektrik juga turut dinaikan dan ini akan membebankan yang ditanggung oleh rakyat yang
berpendapatan rendah termasuk golongan miskin terus terhimpit yang kaya
terus jadi kaya hingga bergelar jutawan
tapi yang miskin terus bertambah miskin.
Wong berkata demikian ketika berucap di majlis Jamuan Rakyat
anjuran DAP Sandakan yang diadakan di Yacth Club malam tadi.
“Memandangkan harga
barang yang semakin mahal rakyat dinasihatkan supaya lebih berjimat cermat
jangan terlalu boros kalau berbelanja beli barang-barang yang diperlukan saja” ujarnya.
No comments:
Post a Comment