Thursday, 26 December 2013

IBUBAPA DISARAN BERIKAN DIDIKAN ANAK-ANAK MEREKA DENGAN SEMPURNA....RAHIMAH



Written By Admin
Thursday 26  Disember 2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI


KARAMUNTING:- Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan dengan kerjasama  Masjid Arahman Kampung Karamunting  telah menganjurkan Pertandingan Azan dan Seminar yang diberi tajuk”  Dadah Musnahkan Iman” di sini padi tadi.

Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah telah menyempurnakan majlis tersebut.

Dalam ucapannya Rahimah  menyeru ibubapa agar sentiasa mengawasi gerak gerik dan tingkah laku anak-anak jangan membiarkan  mereka bergaul dengan kawan-kawan yang telah  rosak akhlaknya kerana ini akan mempengaruhi mereka  mudah terjerumus dengan aktiviti-aktiviti songsang.

“Anak-anak perlu mendapat dididkan yang sempurna bukan saja ilmu pendidikan akademik banhkan pelajaran agama juga dititikberatkan kerana ini merupakan ilmu dunia dan akhirat yang dapat membentuk seseorang itu beriman dan bertaqwah kepada Allah” ujarnya.

Kata Rahimah lagi dengan penganjuran pertandingan Azan ini ia mendorong kepada anak-anak kita menarik minat yang mendalam  untuk    menimba ilmu Islamiah yang berkait rapat   tentang akidah-akidah Islam.
 
Rahimah juga memuji usaha  dan inisiatif pihak Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Sandakan yang dipimpin oleh Noraini Sulong sebagai Pengerusi yang berperanan proaktif dan inovatif membantu kepada pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia AADK dalam membanters gejala penagihan dadah terus menular di kalangan masyarakat setempat.

“Peranan PEMADAM membentu pihak kerajaan untuk membanteras gejala dadah ini menerusi seminar-seminarnya amat berkesan seperti Seminar Dadah Musnahkan Akal  Iman ia menjurus untuk memberi  kesedaran kepada para remaja sama ada sudah terjebak ataupun yang baru berjinak-jinak” ujarnya.


Sementara Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan Noraini Sulong yang kini berada di Kuala Lumpur yang sempat dihubungi melalui telefon turut  menjelaskan  PEMADAM melalui bironya  akan mengorak langkah kedepan  untuk mengadakan aktiviti-aktiviti kemesyarakatan disamping mengadakan program-program seminar yang ada hubung kait dengan najis dadah disepanjang tahun 2014

No comments:

Post a Comment