Sunday 8 December 2013

AHLI PARLIMEN (DAP) SANDAKAN TAJA KEJOHANAN BOLA SEPAK ANJURAN BELIA SRI TAMAN.....



Written by Admin
Ahad Disember 8,2013-12-08

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:-  Perlawanan Bola Sepak Terbuka bawah umur 9 hingga 13 tahun anjuran Belia Sri Taman yang dilangsungkan di Padang Sri Taman mendapat sambutan yang amat menggalakan.
 
Ahli Parlimen (DAP) kawasan Sandakan Stephen Wong (gambar)  yang merupakan penaja utama kejohanan tersebut telah merasmikan program itu  teks ucapannya disampaikan oleh Pegawai Khas kepada Ahli Perlimen Sandakan Amsi Liew.

Dalam ucapan  tersebut Wong menjelaskan walaupun DAP merupakan parti pembangkang namun sebagai Ahli Parlimen yang telah diberi mandat dan dipilih oleh rakyat jelata  turut juga memainkan peranan penting membantu kepada rakyat yang termampu tanpa mereka siapa mereka.

Katanya pengbilatan para belia dalam arena kesukanan seperti bola sepak bukan saja menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang yang dimaksudkan itu  tetapi ia menjurus kepada kaum belia khususnya di Sri taman bagi mengelakan mereka terjebak  dalam melakukan aktiviti-aktiviti negative seperti  jenayah dan pengambilan dadah.

“Program sebegini  harus diteruskan kerana ia mendorong lebih ramai penyertaan belia untuk meminati sukan bola sepak yang lebih aktif  memandangkan program ini banyak membawa menfaatnya pihak kami sentiasa memberi bantuan yang diperlukan” ujarnya Wong.

No comments:

Post a Comment