Written
by Admin
Saturday
14 December 2013
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SUKAU:- Seramai 60 orang Pelatih Pusat Pemulihan Komuniti Dalam Daerah
Kinabatangan telah menerima sumbangan berupa hamper dan wang tunai daripada BAKISA yang disampaikan sendiri oleh
Isteri ADUN Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman iaitu Datin Nordiah Jambri minggu
lalu.
Dalam ucapannya teks dibacakan oleh Pegawai
Kemajuan Masyarakat (CDO) kawasan Sukau Amirudin Mohd Damit antara lain menjelaskan dengan
adanya program sebegini ia menjurus untuk memupuk siratulrahim bukan saja kepada pelatih itu sendiri tetapi
kepada para ibubapa dan masyarakat setempat di sini.
Sementara Amirudin sebagai sebagai CDO DUN
Sukau meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat Kinabatangan dapat mengkaji dengan lebih teleiti terhadap mana-mana
kampung dalam DUN Sukau yang difikirkan layak dan sesuai hendaklah menubuhkan pusat-pusat
pemulihan komuniti ini demi memberi peluang dan ruang kepada masyarakat
setempat dapat mengikuti latihan yang dimaksudan.
Sebagai pengisian program tersebut para hadirin
tidak merasa sunyi kerana mereka telah
disajikan dengan persembahan nyanyian oleh para pelatih tersebut yang pernah
mewakili negeri Sabah kepertandingan peringkat kebangsaan.
No comments:
Post a Comment