Monday December 9, 2013 By Admin
OLEH: CYRIL LIM
SANDAKAN:- Tidak dinafikan langkah kerajaan mengurangkan
subsidi bahan api dan menghapuskan subsidi gula adalah langkah pertama
pelaksanaan rasionalisasi berkala yang lebih besar.
Memang tidak
dinafikan juga langkah tersebut akan memberi impak terhadap pengguna yang akan
menanggung kenaikan kos sara hidup berikutan kenaikan harga barang di negara
ini.
Namun, apa yang tidak
menyenangkan pengguna di negara ini apabila terdapat peniaga yang mengambil
kesempatan menaikkan harga barangan, makanan dan minuman sehingga amat
membebankan pengguna malah tedapat peniaga yang menjualnya tanpa mempamerkan
papan tanda harga.
Mengambil contoh
melalui aduan yang di terima FMT dari seorang pengguna yang dikenali sebagai
Razif Abdullah yang terpaksa membayar tiga gelas minuman sejuk dan sepinggan
pisang goreng keju dengan harga RM18.00.
Kejadian yang berlaku
pada Jumaat lalu (6 Disember 2013) apabila Razif bersama isteri dan dua orang
anaknya telah pergi ke sebuah restoran di Bandar Utama, Batu 6, Jalan Labuk
Sandakan.
Menurut Razif, ketika
hendak membayar, beliau amat terkejut apabila diberitahu bahawa harga untuk
ketiga-tiga minuman sejuk itu berharga RM12.00 dan pisang goreng keju berharga
RM6.00 dengan jumlah semua harga bernilai RM18.00.
“Ini bermakna harga
segelas minuman sejuk berharga RM4.00 dan ianya terlalu mahal kepada pengguna
untuk membayarnya, saya amat terkejut kerana restoran itu hanya restoran biasa
sahaja” katanya.
Katanya, amat
mengejutkan juga apabila kedai
tersebut tidak meletakkan papan tanda harga dan
tidak menyediakan buku menu kepada pelanggan apabila hendak memesan makanan.
“Saya juga mendapati
restoran tersebut tidak menyediakan papan tanda harga ataupun buku menu kepada
pelanggan untuk melihat senarai makanan , minuman dan harga, dan aduan dibuat
bukan kerana sakit hati tapi ini hak saya sebagai pengguna”, jelasnya.
Beliau turut berkata,
sejurus kejadian itu beliau telah melaporkan perkara tersebut kepada
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sandakan dan
masih menunggu tindakan selanjutnya.
FMT juga menerima
aduan daripada beberapa pengguna apabila ramai di antara peniaga di Pasar Besar
Sandakan menjual barangan segar sayur-sayuran dengan harga yang terlalu tinggi
sehingga membebankan pengguna untuk mebeli.
Aduan pada Sabtu (7
Disember 2013) oleh seorang pengusaha restoran di bandar Sandakan yang tidak
mahu dikenali namanya pula menyatakan harga lada besar tidak stabil dan
mencecah sehingga RM10.00 sekilo gram.
“Saya hairan pada
Jumaat saya membeli lada besar sekilogram dengan harga RM6.00, bagaimanapun
pada Sabtu telah naik sebanyak Rm4.00 menjadikan harga kepada RM10.00, dan
alasan peniaga adalah kerana kekurangan bekalan”, katanya.
Bagaimanapun pengadu berkata, kenaikan harga barangan segar di pasar bukan alasan untuknya mengenakan bayaran yang tinggi kepada pengguna yang memesan makanan dan minuman di restoran yang diusahakannya.
Sementara Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal dan Perlindungan Pengguna Sandakan (CAPS) Hj Ali Ahmad (gambar)
ini adalah ekoran kenaikan gaji pekerja sebanyak RM800.00 maka semua
peniaga terpaksa menaikan harga jualan mereka
walaupun mereka dikatakan menyalahi undang-undang.
“Apa saya peduli kita berniaga mesti mahu untung kalau tak
sanggup makan di kedai kami mereka boleh cari kedai yang lebih murah “ kata seorang
peniaga yang enggan namanya disebut.
“Saya minta semua oaring ramai kena boycott atau pulaukan
jangan makan atau minum di kedai yang dimaksudkan itu kami CAPS akan berkempen
habis-habisan sehingga kedai yang disebutkan itu lingkup atau gulung tikar ini
buat satu pengajaran untuk mereka yang menipu pelanggan” ujar Ali
No comments:
Post a Comment