Written By Admin
Friday 13 December 2013
OLEH: SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI:- Kerosakan Jalan Baru Sapi yang semakin kritikel telah menjadi masalah besar kepada
pengguna-pengguna Jalan Raya setempat kerana jalan yang berlubang-lubang itu
sukar untuk dilalui oleh kenderaan kecil
Tambahan lagi sekarang ini musim tengkuju hujan tidak sampai
20 minit 70 peratus permukaan jalan yang
berlubang di sana sini bukan saja ditakongi air bahkan dilanda banjir kilat.
Pengerusi Pertubuhan dan Perlindungan Pengguna (CAPS)
Bahagian Sandakan Hj Ali Ahmad (Foto)
menjelaskan pihaknya banyak menerima aduan daripada seluruh penduduk-penduduk
berkenaan mendakwa jalan yang ada sekarang semakin krtikel sukar untuk dilalui
oleh kenderaan.
“Saya meminta jasa baik Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tshen
Thau Lin dan ADUN Sekong Datuk Hj
Samsudin Yahya agar mengambil
inisiatif bagi menyelesaikan keadaan jalan tersebut yang menjadi isu hangat di
kalangan rakyat di Batu Sapi.
No comments:
Post a Comment