Thursday, 19 December 2013

BELUM SAMPAI TIGA BULAN JADI KETUA WANITA UMNO SANDAKAN NAMA NORAINI SULONG SEMAKIN POPULAR



Written by Admin
Khamis 19 Disember 2013

Surat Kepada Editor

Sebagai Ahli UMNO Sandakan dan merupakan penyokong kuat Noraini Sulong saya amat menyokong  tulisan Kak Katijah A.S Taman Fajar  dan tuan Sub-Editor Free Sandakan Today.com Isaa Wong Kah Kiet yang tersiar di portal ini mengenai peranan yang dimainkan oleh  Noraini Sulong sebagai Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan yang semakin menyerla kepimpinannya sebagaqi seorang  pemimpin dipersada politik tanah air.

Antara tajuk artikel yang diutarakan oleh Isaac Wong “Nama Noraini Sulong Ketua Wanita UMNO  Sandakan Semakin Melonjak Dipersada Politik Tanah Air” pada 17 Dsember 2013 dan “Gandingan Mantap Antara Pemimpin Politik Dengan Wartawan Kanan FST Semakin Menyerla” hasil tulis Kak Katijah pada  18 Dsember 2013 kedua-dua kenyataan ini mendapat perhatian umum khususnya ahli-ahli UMNO di semua Bahagian.

Syabas Kak Noraini dan Abang Saimon peranan kamu berdua seorang pemimpin politik yang dinamik dan seorang lagi seorang wartawan yang tidak kurang hebatnya dalam memiankan peranaannya  untuk membuat sebaran am sama ada untuk menaikan nama seseorang untuk lebih glamor dan kerkenal  ataupun  untuk menjunamkan dan menguburkan mana-mana pemimpin yang gelojo atau yang  terlibat melakukan perbuatan songsang dan kemunkaran.

Kak Noraini baru saja menjawat jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan belum sampai tiga bulan peranannya telah menjadi rebutan  kepada mana-mana pemimpin badan NGO di daerah  Sandakan tidak henti henti  menerima jemputan atau undangan setiap hari dan setiap minggu untuk melakukan upacara pelancaran atau merasmikan berbagai-bagai program yang dianjurkan oleh pihak-pihak NGO.


Semenjak Kak Noraini melantik secara rasmi Abang Saimon sebagai Pegawai Akhbar Pribadinya  pergerakan Noraini sebagai Ketua Wanita UMNO Sandakan  sama ada rasmi ataupun sebaliknya tidak putus-putus  mendapat liputan meluas media  terutama sekali di dada portal online Free Sandakan Today.com dan  media cetak seperti New Sabah Times.

Inilah kebaikannya kalau seorang pemimpin seperti Kak Noraini mempunyai wartawan sendiri  bukan saja abang Saimon sebagai benteng/tembok pertahanan  kedudukan Noraini  dipersada politik dari itu  jangan coba-coba nak mengganggu atau membuat kenyataan sembarang negatif menghentam kedudukan Noraini sebagai Ketua Wanita UNO Sandakan  memang nahas dikerjakan habis-habisan  oleh wartawannya yang bergelar Karam Singh Vallia.

Apapun saya sebagai ponyokong kuat Kak Noraini  teruskan perjuanganmu dalam membela nasib kaum wanita sejajar dengan peranan dan jawatan yang dipegang sebagai Ketua Wanita UMNO Sandakan yang semakin mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli UMNO akar umbi.


Yang benar
Norsiah Nurkram
Kampung Cahaya Baru
Batu 3 Jalan Utara


No comments:

Post a Comment