Written by Admin
Tuesday 17 December 2013
SOROTAN DARI MEJA PENGARANG
SHAIMON S JUMADI
HARI ini saya terpanggil
untuk membicarakan sedikit sebanyak mengenai perlantikan Jawatankuasa
Kemasyarakatan Dalam Bandar atau ringkasnya disebut sebagai (JKDB) bagi kawasan
perumahan PPR Taman Mesra bagi kali ketiganya yang dianggap berat sebelah tidak
mengikut tatacara yang sebenar.
Penduduk
Taman Mesra terdiri daripada pelbagai kaum minority dalam kaum masyarakat cina
termasuk suku-suku kaum Kadazan/Dusun.
Dalam
1,000 penduduknya sebagai penghuni 90 peratus daripada mereka adalah penyokong kuat
UMNO/PBS dan GERAKAN dan merupakan pengundi tegar BN.
PBS,GERAKAN
dan UMNO adalah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang berkongsi kuasa dalam
pentadbiran Kerajaan BN yang ada sekarang ini.
Saya sebagai penduduk Taman Mesra sudah masuk
tujuh tahun betul-betul amat kecewa
mengenai pemilihan barisan Jawatanuasa JKDB Taman Mesra bagi kali ketiga ini.
Pemilihan
pertama saya tidak ambil kisah sangat sebab pemilihan pengerusi JKDB adalah atas
budi bicara Wakil Rakyat yang melantik atas sokongan pihak-pihak tertentu sebab
ia disebut sebagai Protem Committee mohon
izin (Jawatankuasa Penaja) dalam tempoh tiga bulan selepas itu dibudar sama ada
melaui Mesyuarat umum atau bidan terjun.
Dalam
pemilihan pengerusi JKDB bagi kali kedua ramai masyarakat setempat khususnya
para penduduknya saling bertanya antara satu sama lain siapa kah orangnya yang
menjadi Pengerusi dan siapa kah antara dari mereka yang dilantik sebagai
AJKnya.
Wujudnya
badan JKDB macam sembolik kata orang main tapuk-tapuk saja saya sendiripun
tidak mengenali siapa kah barisan mohon izin yang di sebut Office Barres dalam menganggotai badan JKDB yang dimadsukan
itu.
Kita
lupakan JKDB yang lama sekarang kita bongkar dan menyelongkar mengenai
pemilihan jawatankuasa JKDB bagi kali yang ketiga ini dan harap barisan JKDB
bagi pemilihan yang ketiga ini
membariskan orang-orang yang mantab barkaliber, tahu sedikit sebanyak
dalam aspek pentadbiran perlu saya katakan barisan orang yang berpendidikan
akademik sedarha.
Sesipapun
jadi pemimpin asalkan mendapat sokongan padu, tetapi sebagai pemimpin
masyarakat di peringkat kampung atau diperingkat Taman Perumahan seperti Taman
Mesra bialah diri kita dikenai ramai penduduk kalau boleh ada pengaruh tak usah banyak 60 peratuspun memadai.
Bila
diri kita diketahui penduduk setempat baru boleh jadi pemimpin senang kita buat kerja kerana
mendapat sokongan yang jitu .
Apa
yang saya ingin pertikaikan dalam pemilihan AJK JKDB Taman Mesra harus berlaku adil tidak berat sebelah seperti yang saya katakan dalam
perenggan 3 dalam menganggotai barisan kepimpinan mahupun pentadbiran JKDB
Taman Mesra melantik daripada beberapa ahli-ahli komponen BN
lantik 2 orang daripada Gerakan lantik 2 orang dari PBS dalam barisan
jawatankuasa tadi ada suku Kadazan, ada suku cina dan Melayu.
Pemilihan
yang melibatkan ahli-ahli parti komponen BN dan merangkumi suku-suku yang ada
dalam barisan AJK JKDB itu baru selari konsep 1 Malaysia dan sejajar dengan
perkongsian kuasa dalam era pembentukan
pentabiran Kerajaan BN yang memeritah sekarang.
Dipendekan
cerita sekali kita nampak barisan AJK JKDB bagi penggal ketiga ini semuanya
teruk-teruk belaka yang memegang Jawatan
sebagai Setiausaha JKDB adui pandai kah buat minit Mesyuarat pandai kah buat
Carta Organisasi pandai kah buat surat-menyurat mohon izin Correspondence kata orang biar pengerusinya agak goblok
tetapi orang yang dilantik sebagai setiausaha mereka mempunyai daya inisiatif,
anovatif dan proaktif dan celek computer sebab Setiausaha adalah nadi
penggerakan kepada badan JKDB.
Begitu
juga mereka yang dilantik sebagai AJK mereka adalah sebagai tulang belakang kepada
badan JKDB mereka mempunyai visi,misi dan berpandangan jauh pandai merancang,
padai membuat kertas kerja apa harus kita buat di kawasan Taman Mesra ini.
Dari
Pengerusi sehingga ke AJKnya semuanya
ahli-ahli UMNO satupun tiada ahli-ahli daripada parti komponen BN
lainnya amat ketara sekali pilih kasih kami sebagai Ahli daripada Gerakan jelas
terpinggir dan dianak tirikan.
Adakah
JKDB Taman Mesra ini memang kepunyaan
UMNO atau kepunyaan masyarakat sehingga
membelakangkan kepentingan suku-suku lain sebagai ahli komponen BN untuk duduk
atau anggota di dalam JKDB.
Pemilihan
JKDB bagi kali ketiga ini tidak mengikut lunas-lunas tertentu main tembak saja
Jawa bikang hentam kromo hanya memilih
kroni-kroni saja sedangkan ramai penduduk
golongan pintar golongan belia tidak diberi peluang langsung untuk sama-sama membarisi cabinet JKDB
Taman Mesra.
Saya
sering mengikut pemilihan JKKK peringat kampung seoerti di Beluran kah
Kinabatangan dan Kuamut mereka melalui Mesyuarat
Agung Tahunan dihadiri lebih 300 penduduk dirasmikan oleh ADUN berkenaan.
Sebelum
AGM borang-borang pencalunan dalam sebuan begitu tekah diedarkan kepada semua
penduduk kampung untuk membuka ruang dan
peluang siapa mahu bertanding itu baru best walaupun dalam kampung mereka ikuti
system yang teratus.
Pihak
pengerusi sekurang-kurangnya mengagih-agihkan naskah perlembagaan JKDB kepada
AJK supaya faham apa itu tugas dan
tangggungjawab dan peranan, fungsi sebagai AJK badan JKDB.
Akhir
sekali semoga dengan adanya coretan dari Meja Pengarang mengenai kedudukan JKDB
Taman Mesra dapat dibaca oleh pihak pihak sama ada Ketua Menteri Sabah, pihak
MPS dan jabatan-jabatan yang ada hubung kait dengan pentadbiran JKDB... apa
yang saya utarakan ini sebagai panduan dan jadikan satu iktibar disamping untuk
kebaikan bersama ..cerita ini akan bersambung diminggu depan
No comments:
Post a Comment