Thursday December 5, 2013 by admin (Roket Kini)

“Alasan yang diberikan tidak masuk akal, Speaker
mengatakan isu kebocoran ini tidak boleh diperdebatkan semasa Kementerian
Pendidikan membentangkan bajet kerana ia berlaku selepas perdebatan.
“Apakah saya perlu menunggu ‘task force’
selesaikan siasatan dulu? Ia sudah tentu mengambil masa yang lama.
“Saya ingin perjelaskan, usul yang dibawa
adalah berhubung apakah ada langkah susulan berhubung keputusan SPM yang bocor
bukannya bagaimana kertas itu boleh bocor atau siapa penyebabnya,” katanya pada
sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.
Pada masa sama, beliau turut mendesak
kerajaan agar mengulang semula peperiksaan SPM membabitkan kertas sejarah,
matematik, matematik tambahan, kimia, biologi dan sains kerana kebocoran yang
berlaku.
“Saya mencadangkan peperiksaan mata pejaran
yang terbabit diulang menggunakan kertas soalan baru.
“Walaupun ini akan membabitkan masa dan kos
tambahan bagi pelajar dan kementerian, tetapi ia lebih penting untuk
mempertahankan keyakinan awam terhadap sistem pemeriksaan kita serta memberi
keadilan untuk semua.
“Ulangan peperiksaan itu tidak akan mendatangkan prejudis
kepada mana-mana pelajar kerana mereka yang pandai tetap akan mencapai
keputusan cemerlang.
Tambahnya, kebocoran ini bukan kali pertama
berlaku tetapi menjadi rutin setiap tahun.
“Seramai 470,000 calon SPM terjejas akibat
isu ini, jadi sampai bila harus tunggu, kerajaan harus selesaikan segera.
“Jika dalam bidang pendidikan pun tidak ada
jalan penyelesaian dan terbelenggu oleh penyelewengan, rasuah dan penipuan, apa
lagi yang akan terjadi pada negara kita?,” soalnya.
Sebelum ini, pada 29 November lalu, Stephen
menggesa Pandikar Amin segera menerima usul mengenai kebocoran soalan matematik
SPM baru-baru ini dan membahasnya secepat mungkin. -Roketkini.com (Roket Kini)
No comments:
Post a Comment