Dari Rakyat Kembali Kepada Rakyat
OLEH:
KUDIEN BULUNGAN
Wednesday 20/16/21 December
1.
STRATEGI untuk mengalahkan UMNO-BN ialah dengan
1 lawan 1. Ia adalah idea yang sangat baik dan sangat menggerunkan UMNO-BN
diseluruh negara.
2.UMNO-BN
Sabah khususnya, akan memastikan tidak berlaku 1 lawan 1. Bagi mencapai tujuan
ini, UMNO-BN Sabah akan menghalalkan pelbagai cara termasuk ''menyusup ke dalam
parti-parti pembangkang''...
3.Justeru
itu, rakyat Sabah perlu berhati-hati agar sejarah politik Sabah tahun 1994
tidak berulang lagi. Jangan hancurkan harapan rakyat yang inginkan perubahan.
Sabah mahukan perubahan ke arah lanskap politik yang lebih dinamik membela rakyat
Sabah.
4.
Sejarah poltik Sabah memberi inspirasi bahawa parti politik yang dikatakan
gah-perkasa boleh ditumbangkan dek kuasa rakyat. UMNO-BN tidak sekuat mana
kerana UMNO-BN kini terpalit skandal rasuah, pemimpin-pemimpin yang tidak
berintegriti dan gagal memakmurkan rakyat dan negara.
5.
Kekalahan USNO-Perikatan dan Parti Berjaya di Sabah bukan pun atas dasar 1
lawan satu. Ia adalah kerana bijaksana rakyat bersatu memilih kerajaan baru.
Rakyat pelbagai kaum - Bumiputra Islam, Kaum KDM dan Kaum Cina berganding bahu
memilih parti yang akan membela mereka.
6.Pada
masa itu tiada 1 lawan 1. Namun di hati rakyat tetap ada 1 lawan 1, Rakyat
memilih parti yang punya kredibiliti dan parti yang sudah tentunya boleh menang
di kesemua kawasan, sekaligus mampu jadi pemerintah.
7.
Untuk PRU14, rakyat sekali lagi memilih parti yang boleh menang di kawasan
Bumiputra-Islam, kawasan KDM dan menang di kawasan Cina. Rakyat tidak memilih
parti yang hanya akan memenangi kawasan-kawasan tertentu.
8.
Perjuangan WARISAN adalah untuk rakyat Sabah tanpa mengira kaum, etnik,
kepercayaan dan latar belakang.
SABAH
kita UBAH....
No comments:
Post a Comment