( Malaysia negara demokrasi)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU –FST
23/2016
Friday December
KEDENGARAN suara-suara yang sedikit menyentuh/bukan baru tetapi
sudah agak lama. Konon parti Malaya tidak usah bertanding di Sabah dan
suara-suara itu sebenarnya tidak seharusnya ada.
Sebenarnya tiada istilah parti Malaya, sebutan yang tepat
ialah PARTI NASIONAL.
Baik UMNO, PKR, DAP, PAS, MCA itu disebut sebagai parti
Nasional sebab parti berkenaan bertanding di semua negeri, baik DUN atau
Parlimen kecuali Sarawak( UMNO) dan kelihatannya mereka diterima dan ada yang
mendapat kemenangan itu bermakna parti-parti berkenaan mendapat tempat di hati
rakyat.
Perlembagaan tidak melarang parti nasional bertanding di
mana-mana saja asal tidak melanggar peraturan yang ditentukan oleh SPR dan lagi
pula parti-parti nasional itu sudah
bertahun-tahun bertapak di Sabah dan
pemimpinnya orang Sabah dan yang bertanding juga orang Sabah, lalu kenapa mahu
disekat untuk bertanding? kedengarannya agak sumbang tidak masuk akal.
Negara kita ini negara bebas mengamal demokrasi dan semua
orang asal Malaysia bebas menubuhkan apa partipun dan bebas bertanding di mana
saja asal tidak melanggar syarat yang ditetapkan.
Memang tidak dapat dinafikan di musim lalu PKR/DAP
mendapat lebih kurang 11 kerusi DUN dan 3 parlimen sedang STAR hanya mendapat 1
kerusi DUN Bingkor sementara parti-parti lain kalangan pembangkang langsung tidak
mendapat apa2 kerusipun.
Di peringkat Nasional parti Nasional mendapat undi 52%
sedang BN hanya mendapat 47% dan diteliti ikut laporan PRU13 lalu ternyata
parti Nasional cukup utuh dan kuat boleh bersaing dengan BN di PRU14 akan
datang.
Saya melihat parti-parti lokal kecuali PBS, UPKO memang masih mempunyai
kekuatan kesan dibantu oleh UMNO tetapi kehadiran WARISAN yang setiap
acara/jelajah WARISAN telah memperlihatkan kekuatan dan ini mengingat saya
kebangkitan PBS dalam tahun 1985 dulu yang dapat menimbangkan BERJAYA hingga
tersungkur.
Kekuatan SAPP di PRU13 memang agak lembab, sedang
Presidennya tumbang di peringkat DUN, sementara rekod STAR di DUN memang tidak
memberangsangkan dan kajilah keputusan di PRU13 yang lalu, di situ kita akan
tahu dan di musim PRU14 akan datang itu merupakan sesuatu yang diluar jangkaan
kita.
Sementara WARISAN sekarang ini memang telah
memperlihatkan sambutan yang diluar jangka dan terbukti di setiap perhimpunan
yang mereka anjur selalunya disekitar 4-5,000 orang datang dan di Kg Paal Tenom
sekitar 16,000 orang hadir dan itu memang diluar jangka.
Di Sabah sekitar 21 parti kesemuanya dan memang Sabahlah
yang merupakan terkaya parti politik tetapi rakyatnya TERMISKIN sekali di
Malaysia, tetapi yang kita perhatikan kemunculan parti2 berkenaan ada yang
meragukan dan sehingga sekarang ada yang tidak dapat dipastikan di mana pejabat
mereka dan berapa saja keahlian parti mereka, malah kekadang saya sendiri tidak
tahu nama-nama parti yang sudah diluluskan selain parti WARISAN, PCS, PAKAR,
PPRS, HARAPAN dan banyak lagi.
Apakah mereka itu yang tak disebut namanya benar-benar
mahu bertanding di PRU14 akan datang atau menunggu OFFER dari yang berkenaan
untuk cepat kaya dan digelar orang kaya baru nanti pandu King Ninja atau
mercedes? Itu memang ada terbukti dan kesannya rakyat yang menyokong mereka
kena tipu.
Memang Malaysia ini negara yang bebas dan mengamalkan
sistem demokrasi.
Silalah tubuh sebanyak mungkin parti sebab itulah yang BN
suka untuk pecah demi perintah dan kemudian bertandinglah di mana-mana saja
asal tidak melanggar syarat yang ditentukan oleh SPR.
Larangan jangan bertanding itu seharusnya tidak terjadi
atau tidak ada sebab atas nama kebebasan yang dimaksudkan dalam dalam negara
yang mengamalkan demokrasi.
Salam bahagia
No comments:
Post a Comment