( di tohok rezeki datang melimpah)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU-FST
Selasa
Disember 2016/27
SUBUH yang ranum mendekat pagi kubuka jendela dan udara dingin
masuk ke dalam kamar terasakan segar sekali.
Tanpa suara tanpa kesan di sekitar hanya yang kedengaran
putaran kipas angin menambah dingin.
Serentak itu tiba-tiba ada berita yang entah benar entah tidak
katanya di mukim sungai tohok yang tentu saja di Semporna ada hamburan dedak
siap datang siap ada habuan.
Kelihatannya semacam tuan tanah kedawung datang untuk
menghambur dedak-dedak itu dan kalau memang ini benar terasakan musim PRU14 itu
benar-benar di ambang pintu.
Salah seorang ketua wanita parti dalam BN membisikkan
kepada saya ia bakal calon melawan Christina Liew dan dinyatakan oleh yang di
atas election di sekitar Mac-Ogos tetapi paling tepat selepas Raya yang mungkin
sekitar Jun tahun depan.
Iya, begitulah pesan yang disampaikan. Dedak o dedak
sudah mula menyinggah di mana-mana dan apakah ini keadaan terpaksa kesan ramai
berlarian meninggalkan keris puaka?
Tidak mengapa, apa saja yang dikasih sila saja ambil
sebab itu hak rakyat kerana mereka sudah kekenyangan makan sebelumnya dan yang
dikasih itu lebih-lebihan untuk rakyat atas namanya prihatin rakyat jelata.
Tetapi yang lebih penting wangnya diambil saja dan tunjuk
wajah manis sambil ucap terima kasih kerana bangsa kita penuh adat berbudaya
warisan zaman berzaman.
Ingat undinya mesti ke WARISAN sebab ini maksudnya demi
kepentingan semua dan jangan sekali undi mereka itu tetapnya GST meloncat ke
atas hidup akan lagi sengsara dan derita bakal jadi hamba namanya bebas mereka
tidak dikecapi malah terus terseksa menderita merempat di negara sendiri yang
kaya sumber alamnya.
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
No comments:
Post a Comment