OLEH: SHAIMON S
JUMADI
Wednesday December
28/2016
SANDAKAN:- Bekalan  elektrik di Sabah khususnya di Sandakan  yang sering kali berlakunya Black Out setiap
hari merugikan para pemilik  pelbagai
kilang dan peniaga  restoran dan
sebagainya.
Sejak di zaman
pemerintahan BERJAYA sehingga kehari ini 
di bawah pemerintahan BN masalah elektrik di Sabah  khasnya di Sandakan tidak pandai selesai.
 Difahamkan pihak Sabah Electricity Sdn Bhd
(SESB) mejoriti saham adalah dipegan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB)  sepatutnya pihak SESB  mencari jalan alternative punca bekalan
elektrik selalu black Out  dan
bukannya  membiarkan perkara tersebut
terus belarutan hingga menyussahkan para pengguna.
Ahli Parlimen Sandakan
(DAP) Stephen Wong Tien Fatt berkata ketika di hubungi oleh wartawan Free
Sandakan Today Online (FST) hari ini mengenai 
masalah tersebut.
Kata Wong lagi perkara
masalah bekalan elektrik selalu black out di Sabah sudah berkali-kali
dibahaskan di sidang parlimen  dan telah
di ketahui oleh menteri berkenaan iaitu Datuk Dr Maximus Ongkili akan tetapi
tiada juga perubahan langsung.
Wong simpati para
pemilik perusahan seperti kilang-kilang dan juga bengkel-bengkel termasuk para
peniaga restoran apabila ada gangguan  bekalan elektrik terputus (black-out) sudah tentu
mereka mengalami kerugian  besar yang
ditanggung.
No comments:
Post a Comment