( Tegur saya jika salah tapi beri hujah)
OLEH:
NURLUYANA ABDULLAH-FST
Wednesday
December 28/2016
ZAMAN internet ini macam-macam kita baca seolah yang di internet itu benar
dan tiada lagi yang benar selain internet.
Yang di internet ada yang menyesatkan dan kekadang ada
hukum terlalu menyusahkan sedang Islam itu mengajar hidup sederhana dan tidak
menyusahkan umatnya.
Kita tahu negara kita ini beza dengan negara Arab yang
100% muslim, sedang di Malaysia ini negaranya pelbagai bangsa, agama,
kepercayaan dan budaya yang berbeza.
Negara kita ini hampir sama dengan negara di Eropah yang
penduduknya pelbagai agama dan ini kena faham.
Ada yang mengatakan setiap datangnya hari Krismas,
depavali atau tahun baru cina haram hukumnya mengucapkan selamat hari krismas,
depavali dan tahun baru cina itu.
Kenyataan semacam ini harusnya dihalusi diperjelaskan
secara detail dan elak menerima secara membabi buta.
Seperti yang saya katakan Islam itu sederhana tetapi ada
mengambil sikap keras dan ada yang sederhana/lembut, makna ada dua pilihan.
Misalnya ada yang mengatakan ucapan krismas itu haram dan
bagaimana jadi haram? Inilah yang saya fikirkan dan cuba kita bincang secara
terbuka.
Di Malaysia ini bila dimusim raya, mereka yang tidak islam
datang ke rumah kita dan kita sambut dengan baik sebab itu ajaran islam hormat
tetamu dan bila musim krismas, depavali atau tahun baru cina dikata haram
hukumnya mengucapkan kata selamat hari krismas. Kenapa begitu keras sekali?
Orang berbuat baik kepada kita dan kita pula mengatakan
tidak baik dan haram hukumnya dan ini tidak benar dan saya fikir bertentangan
dengan ajaran agama Islam. Betulkan jika saya silap sebab saya baru belajar.
Cuba kita perhatikan keputusan majlis agama Islam di
Eropah dan mereka memutuskan tidak salah dan tidak haram malah harus kata
mereka di Eropah.
Majlis agama islam di Eropah yang terdiri ulama/bijak
pandai hal agama memutuskan demikian tidak salah kecuali menghadiri masa mereka
mengadakan upacara dan itu tidak boleh dan makanan yang dimakan haruslah halal
dan itu keputusan majlis agama di Eropah. kenapa pula ada yang mengatakan
haram?
Keadaan di Eropah dan Malaysia ini memang hampir sama dan
beza dengan di Arab.
Memilih sederhana itu tidak salah sebab bila kita ucap
selamat hari krismas tidak semestinya kita reda agama mereka, tetapi kita ucap
kesan menghormati perayaan mereka dan bukankah menghormati itu ajaran agama
islam sendiri yang bersikap sederhana?
Kekadang di internet ini banyak sangat bahan boleh
didapatkan dan jika mereka terbaca yang bersikap keras, maka keraslah jadinya
agama itu tetapi jika terbaca yang lembut/sederhana, maka sederhanalah yang
kita dapatkan tapi harus dimengerti yang Islam itu mengajar hidup sederhana dan
menghormati orang lain.
No comments:
Post a Comment