Thursday, 8 December 2016

(FST) Free Sandakan Today Online.....JIKA BN/UMNO BERANI BUBAR ADAKAN SNAP ELECTION?


OLEH: ISMAILY BUNGSU (FST)
Thursday December 08/2016
 
MEMANDANGKAN Kedudukan BN sekarang di parlimen punya 132 kerusi sementara pembangkang hanya punya 90 kerusi. Itu hakikatnya kalau tak silap dan betulkan jika salah!

PRU13 lalu Sabah dan Sarawak penyumbang 44 kerusi MP yang menyebabkan Najib dan Barisan terus berjaya duduki kerusi perdana menteri dan kerusi menteri lain di kerajaan persekutuan.

Kesan yang dinyatakan di atas, jika mana-mana YB BN sekitar 20 orang tinggalkan BN, maka dengan secara tak langsung kerajaan BN runtuh.

Ada yang menyatakan yang Najib sungguh khuatir sangat dan tidak hairan yang tidak ada jawatan dalam BN akan pakat sama meninggalkan BN kesan terlalu banyak skandal dan rakyat sudah mula muak bosan.

Nah, kesan kegusaran itu kabarnya Najib berkira-kira mahu adakan SNAP ELECTION ( election called learlier than expected) dan ramalan kata-kata yang melebar ada lojiknya.

Satu lagi perkara perlu saya huraikan sedikit kenapa orang-orang Melayu dalam UMNO terlalu takutkan Parti DAP mereka sangsi kalau DAP menang dalam PRU14 nanti mereka bentuk kerajaan Persekutuan ambil alih daripada kerajaan BN.

Orang-orang Melayu Dalam UMNO tidak perlu khuatir dengan DAP kalau DAP menang semua kerusi 33 parlimen MCA dan GERAKAN tumpas DAP belum boleh membentuk kerajaan Persekutuan kenapa dan mengapa sebab DAP hanya mewakili 13 peratus sahaja berbanding bangsa Melayu 70 peratus.

Jadi dengan ini saya sarankan  orang-orang Melayu tak usah takut-takutkan  bangsa Melayu kalau DAP menang 33 kerusi parlimen  nanti bangsa Cina jadi Perdana  Menteri yang ke 7 nanti itulah adalah tafsiran songsang.

Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang berkali-kali menyatakan bahawa orang cina tidak mungkin jadi Perdana Menteri kata Lim orang Melayu tak pernah hilang kuasa DAP tidak boleh  bentuk kerajaan sendirian melainkan  bergabung dengan PKR-AMANAH  iaitu kerajaan PAKATAN HARAPAN.


No comments:

Post a Comment