( DS Shafie tidak terlibat)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU-FST
Friday
30/2016/ December
BERULANGKALI saya katakan kasus korupsi Jabatan air Sabah
seorang DS Shafie tidak terlibat.
Pertama alasan saya DS Shafie sebagai menteri tidak
berhak meluluskan apa-apa projek secara award ikut peraturan kerajaan dan dia
bukan penjawat awam.
Malah semua menteri juga sama tidak ada kuasa meluluskan
apa-apa projek yang diberi secara award.
Yang berhak dan ada kuasa hanyalah Menteri Kewangan
Malaysia dan Menteri Kewangan Sabah iaitu Najib dan Musa Aman sendiri. Ini
Fakta bukan auta.
Ini sudah berpuluh kali saya jelaskan. Kemudian projek
secara tender itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan
Malaysia dan jika di Sabah dipengerusikan oleh Setiausaha tetap Kementerian
Kewangan Sabah. Mereka yang meluluskan melalui satu jawatankuasa dan seorang
menteri tidak berHAK.
Kenyataan DS Shafie meluluskan adalah auta/tuduhan meroyan sebab
rata-rata yang asyik menuduh itu adalah kalangan yang tidak tahu sistem
kewangan di Malaysia dan kena baca peraturan Treasury Instructions.
Selain itu kedua pegawai yangh menyimpan duit di rumah
dan di pejabat serta ada akaun ratusan juta di luar negeri bukan pegawai federal
tetapi pegawai negeri makna terus berhubungan dengan kerajaan negeri.
Lagi seorang DS Shafie langsung tidak kenal dan tidak
pernah ketemu kedua pegawai yang dimaksudkan, malah kedua pegawai dimaksud amat
akrap dengan ketua menteri Sabah dan keluarga sebab pernah hadiri acara di
rumah orang tua Teo sendiri. Ada bukti-bukti jelas.
Kenapa harusnya dikaitkan dengan seorang DS Shafie Afdal
yang tidak tahu apa-apa dan lagi semua peruntukan yang disalurkan ke Sabah itu
adalah hak kerajaan Sabah untuk mengatur projek nego atau tender tertutup,
terhad atau terbuka dan ketika itu DS Shafie tidak lagi berhak dilibatkan sama.
DS Shafie Afdal dalam ucapannya di mana-mana mahukan SPRM
siasat secara terperinci soal siapa yang terlibat dan bukan main tuduh-tuduh
melulu yang tujuannya mahu memburukkan nama pemimpin WARISAN itu.
Rakyat Sabah mahu tahu siapa dalangnya dan tidak mungkin
seorang pengarah dan timbalan pengarah sendiri yang melakukan dan sila juga
siasat syarikat merawat air di Sabah miliknya Teo yang mendapat kontak berjuta-juta
untuk selama sekitar 15-20 tahun.
No comments:
Post a Comment