OLEH: SHAIMON S
JUMADI (FST)
Friday December
09/2016
KENAPA di Sabah terlalu banyak parti
pembangkang lepas satu lenyap begitu
saja timbul satu lagi apa sebenarnya tujuan mereka menubuhkan parti baru.
Sementara Parti Maju Sabah - SAPP parti
pernah menjadi anggota kerajaan negeri pada tahun 1994
hingga 2008 setelah keluar dari
Barisan Nasional (BN) terus jadi pembangkang.
Manakala Star sebagai parti pembangkang hanya
mempunyai satu kerusi sahaja iaitu yang kini di sandang oleh Datuk Jeffrey
Kitingan.
Ada banyak parti yang telah ditubuhkan saya
kurang ingat lagi sebelum PRU13 lalu, dan
selepas PRU13 hampir menjelangnya PRU14 yang semakin hampir ada dua
parti baru ditubuhkan di Sabah itupun gara-gara seorang pemimpin anak watan
Sabah disingkirkan oleh UMNO baru wujud parti baru iaitu Parti Warisan Sabah
(WARISAN) yang dipimpin oleh Datuk Seri Shafie Apdal.
Selang
beberapa hari pengiystiharan Shafie keluar UMNO dan hura-hura ingin
menubuhkan parti baru kemudian pula Ahli Parlimen Kawasan Pinampang Darell
Leiking (PKR) dan Junz Wong ADUN DAP
Likas Datuk Jaujan Sambakong ADUN (UMNO)
Sulabayan dan Terrence Siambun ADUN Moyak (PKR) mereka juga keluar parti
masing-masing termasuk Datuk Lajim Hj Okin keluar meninggalkan parti PKR
Beaufort.
Disebabkan tiga orang ADUN dan 2 Ahli Parlimen itu keluar
parti masing-masing sebabnya mereka ingin bersatu membentuk sebuah parti baru
yang dipimpin anak-anak watan Sabah anak-anak jati Sabah.
Maka wujudnya parti Warisan Sabah (WARISAN)
yang membarisi pemimpin utama Datuk Seri Shafie Apdal Junz Wong-Darell Leking-
Jaujan Sambakong dan Terrence Siambung.
Manakala Datuk Lajim Okin keluar dari PAKATAN
HARAPAN dia tidak menyertai WARISAN dan
telah menubuhkan parti sendirinya kita tidak tahu apa sebabnya Lajim tidak mahu
bersatu jadi ahli WARISAN barangkali takut duduk kerusi nombor dua atau nombor
3 kalau dia tubuhkan partinya sudah tentu Lajim dapat duduk dikerusi nombor
satu.
Boleh kah parti-parti pembangkang tempatan Sabah seperti
SAPP-Stae-PCS (USA) WARISAN dab partu baru pimpinan Lajim
boleh bekersama erat antara satu sama lain semasa PRU14 nanti bagaimana
pula pembahagian kerusi-kerusi ADUN dab MP.
Sementara
tiga parti dari Wilayah Persekutuan antaranya PKR-DAP dan AMANAH mereka
adalah gabungan atas nama PAKATAN HARAPAN adakah PRU14 nanti mereka juga akan
berebut-rebut kerusi DUN atau MP yang parti-parti tempatan yang akan
tandingi.
Jika ini berlaku perebutan kerusi DUN dan MP antara PAKATAN HARAPAN dengan part
USA dan WARISAN sekali lagi Sabah akan
menyaksikan bahawa BN.UMNO akan memperoleh kemenangan besar pada PRU14 nanti.
No comments:
Post a Comment