( mencuri perangai terburuk)
OLEH:
NURLIYANA ABDULLAH –FST
Tuesday
20/2016 December
DATO Seri Najib Tun Razak malah semua mantan Perdana Menteri- PM pernah berkata yang hudud menghuru-harakan Malaysia kalau dilaksana dan kenyataan itu
jelas melawan Allah.
Syaitan
dilontar ke neraka kesan tidak mahu sujud kepada Adam dengan alasan syaitan
lagi mulia asal api banding adam asal tanah.
Kesan
alasan syaitan itu, keluarkan dari syurga dan kekal penghuni neraka, tetapi
sebelum dilontar ia berjanji akan sesatkan seluruh anak adam.
Cuba
kita bandingkan kenyataan Najib dan semua mantan PM yang mengatakan Hudud itu
menghurukan Malaysia dan apa kira-kira Allah lakukan kepada mereka? Apakah sama
seperti yang Allah lakukan terhadap Syaitan yang dilontar ke neraka?
Salah
seorang menteri BN pernah berkata sesiapa yang tidak percaya NAJIB bermakna
tidak percaya ALLAH dan ayat itu seolah Najib lagi hebat banding Allah dan itu
jelas menghina Allah dan yang alim ulama/ustaz sila betulkan dan jelaskan apa
hukumannya jika manusia seperti kita berkata demikian.
ISU
yang mahu saya angkat di sini kenapa mereka kalangan menteri-menteri kabinet terutama yang Islam agama menolak
hudud? apakah mereka menolak hudud? Jika Najib berkata begitu maka yang di
bawah kaki ampu akan sama terlibat menolak sama dan itu sebab sebagai muslim
harusnya tidak menjadi pak angguk melulu di kabinet Malaysia.
HUDUD
memang hukum Allah dan tiada siapa yang muslim harus mempersoalkan hukum Allah
itu kesan kita ini Allah yang jadikan manusia, dipinjamkan nyawa dan segalanya.
Kesan itu kita kena patuh perintah Allah.
Hukum
hudud ini boleh saya tidak dikenakan kepada yang bukan muslim/kalau mahu dan
yang bukan muslim boleh mengikatkan diri denganb hukum yang sedia ada dipinjam
dari barat.
Hukum
Hudud harus dilaksanakan kepada sesiapa saja yang muslim agamanya tetapi
sebelum hudud dilaksanakan kerajaan/pemerintah harus perbaiki ekonomi dulu,
setiap orang ada pendapatan, ada pekerjaan dan mampu hidup berdikari dan tidak
hidup susah dan merempat.
Orang
miskin yang kelaparan ketika mencuri tidak akan dikenakan hudud sebab mereka
miskin melarat dan susah paling-paling mereka harus diberikan peluang untuk berkerja
dan punya mendapatan untuk menyara hidup diri dan keluarga dan itu sebab
kerajaan dibentuk untuk peduli rakyat seperti yang dilakukan oleh Nabi di zaman
Nabi berSIASAH alias berpolitik.
Kenapa
Najib dan semua PM berkata yang hudud menghurukan Malaysia dan yang jelas bukan
menghuruharakan Malaysia tetapi menghuruharakan mereka sendiri kalangan
pemimpin muslim yang berkuasa di Malaysia.
Kenapa
menghuruharakan mereka sendiri? Katakanlah Hudud itu dilaksanakan dan siapa
saja yang nanti tidak bertangan di Malaysia ini? Kita fikir dan tentulah ramai
pemimpin BN terutama menteri-menteri tidak bertangan sebab merekalah yang rata-ratanya
merampok dan pencuri khazanah negara bangsa kita.
Kalau
hudud dilaksanakan makna hukum itu menjerat leher mereka sendiri dan inilah
yang paling mereka takuti dan kesimpulannya bukan mereka tidak percaya
hudud/hukum Allah sebalik kerana hukum itu akan memenjarakan dan memenggal
tangan mereka sendiri dan tentulah mereka yang di atas tidak sebodoh yang
disangka tetapi kesannya di sana sini HUDUD diwara-warakan seolah Hudud itu
jahat.
Kalau
yang muslim menentang hudud itu tidak hairan sebab mereka bukan muslim dan
tidak faham hukum tetapi yang muslim menentang hudud maka itu jelas sesuatu yang
luas biasa dan kerana itu jangan salahkah DAP, MIC, MCA dan parti-parti di
Sabah dan Sarawak menentangnya sebab PM sendiri sudah melontar kata yang hudud
menghurukan Malaysia.
Apakah
seorang Najib dan mantan-mantan PM yang
lalu berani memperkatakan di hadapan Allah kata-kata sama? Katakan Allah itu
nampak/katakan saja!
No comments:
Post a Comment