OLEH:SORAYA
KIGIS
Monday
December 05/2016
1.SABAH
telah dibanjiri oleh parti pembangkang dengan bermatlamat kearah
untuk mengubah Sabah dari pemimpin yang korup berselindung dengan kuasa dan
undang-undang yang sedia ada.
2.Ada
beberapa parti pembangkang dicurigai dijadikan alat oleh Barisan Nasional
sebagai pemecah undi supaya memihak kepada kerajaan dapat mengekalkan kuasa
terus menerus.
3.Ini
punca utama kenapa pembangkang Sabah tidak dapat disatukan di bawah satu payung
berhadapan dengan Barisan Nasional.
4.Kecurigaan
ini memuncak apabila MySabah tertubuh yang dianggotai oleh pemimpin pembangkang
dan kerajaan untuk menuntut hak Sabah yang tidak ditunaikan oleh kerajaan pusat
terutama cukai tertunggak yang tidak dikembalikan oleh pusat kepada negeri
dianggarkan puluhan billion ringgit.
5.Tambahan
segelintir pemimipin yang meninggalkan Barisan Nasional bukan bercanggah dengan
prinsip kerajaan hanya kerana kezaliman ke atas mereka oleh Musa dan pemimpin
ini berikrar akan kembali mendukung BN selepas Musa tidak lagi sebagai ketua
kerajaan di Sabah.
6.Selain
itu didakwa ada beberapa parti pembangkang dan pemimpin menerima bantuan
kewangan dari BN agar terus menyokong polisi kerajaan terutama masalah pelarian
dan mykad.
7.Warisan
Sabah sentiasa membuka pintunya untuk bekerjasama dengan parti yang seobjektif
untuk berhadapan Barisan Nasional tetapi bukan pemimpin gunting dalam lipatan.
Adalah
tidak adil menunding jari pada Warisan Sabah kerana berhati-hati bergabung
dengan parti yang cuba melemahkan pencapaian pembangkang di PRU14.
8.Pemimpin
Musang berbulu ayam perlu berterus terang atau meninggalkan perjuangan mereka
dan menyerahkan tugas mereka kepada ahli parti yang benar-benar berjiwa rakyat
dan ingin melihat perubahan rakyat serta negeri ini.
Akibat
sikap mereka yang tidak telus,jujur akan menghalang niat murni majoriti rakyat
yang ingin melihat Sabah menjadi sebuah negeri makmur,aman dan selamat.
9.Memandangkan
sulit menyatukan pemimpin kerana setiap mereka mempunyai agenda tersendiri
lebih baik rakyat bersatu di bawah satu payung politik kerana rakyat mempunyai
satu harapan yang sama mengharapkan kehidupan cerah dan anak cucu mereka
mempunyai jaminan masa depan yang gemilang.
10.
Adakah United Sabah Alliance Parti yang menggabungkan tiga parti SAPP-Star dan
Parti Cina Sabah (PCS) yang dipimpin oleh Datuk Jeffry Kitingan dan Datuk Yong
Teck Lee benar-benar memperjuangkan
hak-hak asasi rakyat jati Sabah atau sekadar berjuang ibarat melepaskan
batuk di tangga memang ada signal daripada para pemimpin BN/UMNO Kuala Lumpur yang bertujuan untuk melumpuhkan
kekuatan perjuangan parti-parti pembangkang tempatan atau pembangkang wilayah
persekutuan seperti DAP-MANAH dan PKR untuk membantutkan cita-cita dan impian mereka
untuk membentuk kerajaan PAKATAN HARAPAN di
Sabah selepas PRU14 nanti.
11. Ada
baiknya PAKATAN HARAPAN yang membarisi DAP-PKR-AMANAH dan WARISAN bergagung
bekerjasama antara satu sama lain yang mempunyai satu agenda satu matlamat untuk menumbangkan kerajaan kukuh besi
BN/UMNO di Sabah.
12.
Pembahagian kerusi-kerusi DUN dan Parlimen perlu di bincang lebih awal agar tidak menjadi perebutan kerusi antara
satu sama lain bila sampai waktunya PRU nanti.
Misalnya
kalau Warisan meletakan calon mereka untuk bertanding di kawasan Papar sama ada kerusi DUN atau MP lain-lain parti
seperti DAP-PKR dan AMANAH tidak perlu letak calon ditempat yang sama kecuali kalau WARISAN bertanding atas kerusi DUN barulah lain-lain
parti boleh meletak calun di kawasan
yang sama tetapi atas kerusi Parlimen bukan kerusi DUN.
13. Begitu
juga kalau DAP letak calon di Elopura
DUN lain-lain parti pembangkang tak perlu letak calon di kawasan yang sama
kecuali Parlimen Sandakan namun sebaliknya DAP-PKR-AMANAH dan WARISAN berhabis-habisan
kempen membantu calon-calon yang bertanding itu ini baru mendapatkan hasil
undi dipecah sebab satu lawan satu antara calon BN dengan calon PAKATAN
HARAPAN.
14. Tolaklah
USA parti yang diterajui oleh tiga suku
kaum sahaja Kadazan- Murut dan Cina memang parti dasar pengacau kalau dapat habuan
dari UMNO/BN mereka sanggup khianati bangsa sendiri lihat saja apa yang terjadi
pada PRU13 lalu Star dan SAPP jadi
baruah UMNO/BN untuk menghacurkan cita-cita pembangkang mereka mengkhianati
undi kaun Kadazan-Murut-Dusun dan Cina…..dasar
durjana Datuk Jeffry Kitingan dan Datuk
Yong Teck Lee pergi jahanam.
AWAS DUA PEMIPIN INI BUAYA BESAR
ReplyDelete