Tuesday, 6 December 2016

Free Sandakan Today Online (FST) DAP CUMA 13% SAHAJA BERBANDING MELAYU 70% MANA MUNGKIN DAP/CINA JADI PERDANA MENTERI



SUDUT PANDANGAN (FST)
SHAIMON S JUMADI
Tuesday December 06/2016

SERING kali dijelaskan dengan terperinci oleh Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP)  yang juga Ahli Parlimen kawasan Gelang Patah Lim Kim Siang bahawa DAP memang  sukar membentuk kerajaan persekutuan sebab majority bangsa Cina cuma  mewakili 13% sahaja kerusi di parlimen berbanding majority Melayu 70 peratus.

Jadi kenapa orang-orang Melayu dalam UMNO terlalu takutkan DAP berkuasa kalau DAP  menangpun semua 33 kerusi parlimen  DAP masih belum boleh membentuk kerajaan persekutuan melainkan bergabung dengan parti PKR dan AMANAH.

Kata Lim Lagi orang-orang Melayu UMNO tak perlu bimbang orang-orang Melayu tidak pernah hilang kuasa kalau PAKATAN HARAPANpun memerintah  orang Melayu juga jadi Perdana Menteri Malaysia.

Kenapa DAP pula jadi sasaran utama musuh politik UMNO dalam  Persidangan Agung UMNO (PAU) 2016  para perwakilan UMNO terlalu banyak berkisar menghentam DAP dan Tun Mahathir Mohamad jadi isu dan topik atau agenda utama dalam persidangan tersebut.

Sedangkan banyak lagi usul-usul penting  yang ada kaitan dengan kehidupan rakyat seharian tidak pernah dibentangkan dalam PAU tersebut sepatutnya isu-isu kos sara hidup rakyat ,  ekonomi Negara  dan isu-isu rasuah yang semakin parah yang perlu dibangkitkan oleh para perwakilan UMNO dan bukannya perkara remah DAP dan Tun Mahathir jadi sasaran.

Kalaulah benar DAP anti orang Islam anti orang Melayu akan tetapi semakin hari semakin ramai bangsa Melayu Islam tidak kira di Semenanjung atau di Sabah ramai yang menjadi ahli DAP.

Pergi ke Pulau Pinang jumpa sendiri orang-orang Melayu yang jadi ahli DAP ataupun bukan  ahli politik adakah mereka rasa terpinggir oleh kerajaan Negeri PAKATAN HARAPAN yang ditadbirkan oleh DAP dan PKR.

Jadi orang-orang Melayu dan para pemimpin UMNO tak perlu bimbang DAP tak kan jadi Perdana Menteri orang Melayu juga tetap ada kuasa mutlak di  Malaysia janganlah takut-takutkan bangsa Melayu kalau DAP menang 33 kerusi Parlimen pada PRU14 nanti Cina jadi Perdana Menteri DAP tak boleh memerintah sendiriannya tanpa ada PKR dan AMANAH.


No comments:

Post a Comment