OLEH:
ISMAILY BUNGSU-FST
Saturday
December 31/2016
DALAM minggu ini begitu panas diperkatakan dan ada saja
nota entah siapa penulis ditujukan kepada saya dan nota itu melebar di
grup-grup Whatsapp dan Facebook.
Pertanyaan itu pelbagai dan antaranya disebut soal logo
WARISAN yang ada layar. Layar itu dikaitkan dengan LEPA-LEPA dan lepa-lepa pula dikaitkan dengan LANUN.
Siapa sebenarnya yang melanun? Apakah orang Semporna yang
terkenal dengan LEPA-LEPA keturunan lanun?
Lanun ada di mana-mana ada dan sejarah lanun banyak
banyak di dunia juga ada yang melanun, malah lanun yang ada sekarang ini
terdiri kalangan pemimpin yang rakyat amanahkan untuk pimpin negara jaga
khazanah negara bangsa.
Mereka yang kaitkan LOGO Warisan berbentuk layar itu
dikatakan LANUN ternyata tidak betul dan mereka sengaja saja mencari masalah
untuk sengaja mengaibkan kepimpinan WARISAN.
Mereka lupa bahaya di zaman Tunku Abdul Rahman juga
menggunakan layar atas nama parti perikatan ketika itu dan ketika Sabah merdeka
diguna juga logo layar melalui slogan Sabah Maju Jaya dan apakah mereka itu
lanun semuanya yang memerdekakan Malaya dan memerdekakan Sabah?
Dikata BODOH marah pula tetapi diajar tidak mahu mengerti
atau memang pura-pura bodoh/tak hairan Iman Shafie tahan berhujah dengan 10
ilmuan tetapi tak tahan dengan seorang yang jahil ilmu.
Layar yang WARISAN gunakan itu tidak ada kaitan dengan
lepa-lepa sebalik asasnya diambil dari BAHTERA NABI NUH. Saya ulang Bahtera
Nabi Nuh. Faham?
Nabi Nuh kala di zamannya pernah menyatakan bahawa suatu
waktu akan datang banjir besar, lalu ia bina sebuah bahtera yang cukup besar
dan ramai yang tidak percaya hingga Nabi dikatakan gila tetapi tujuannya
hanyalah menyelamatkan umat manusia, haiwan dan juga tumbuhan.
Memang ketika itu seperti dijanjikan banjir besar melanda
dan ada yang naik ke kepala Nabi Nuh termasuk haiwan berpasangan diselamatkan
dan kemudian tumbuhan.
Nah, berdasarkan bahtera itu penyelamat umat manusia
ketika itu, maka kepimpinan WARISAN ambil sejarah itu dan gunakan layar sebagai
penyelamat rakyat Sabah dan itu sebab diajak menaiki layar WARISAN untuk
menyelamat Sabah dari pemimpin yang rakus dan tamak serta haloba.
Itulah sebenarnya pengertian layar yang digunakan oleh
WARISAN seperti yang terdapat dalam logo parti berkenaan.
Kenyataan bertubi-tubi yang WARISAN itu lanun adalah
jelas kalangan mereka buta sejarah dan sengaja memutar belitkan fakta dan
soalnya apakah DS Shafie, Darell, Jaujan, Junz dan Peter itu kalangan lanun?
Jika lanun berapa bilion dana negara mereka lanun hingga
rakyat dikenakan membayar hutang melalui GST?
Demikianlah sikap kalangan kita bila tidak tahu sejarah
atau memang tahu lalu dikaitan seolah mereka yang di Semporna itu Lanun dan
kenyataan itu jelas menghina mereka yang di Semporna malah menghina kepimpinan
WARISAN yang berusaha menyelamatkan Sabahan dan Sabah.
Apapun tuduhan, kepimpinan WARISAN tetap dengan visi
mereka terus berjuang demi rakyat Sabah dan Sabah mesti diubah.
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
Tolak BN
Tolak BN
Tolak BN
SabahUbah
SabahUbah
Tolak BN
Tolak BN
Tolak BN
Diorang tau bah Tu.. tpi saja.. pasal diorang sdh takut dgn warisan diorang sebarkan fitnah lah..apapun Sabah ubah
ReplyDelete