OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Sabtu
Desimber 03/2016
SEORANG
yang berhormat menghubungi saya
baru sebentar tadi dan meminta saya memberikan pandangan tentang kenyataan
wakil UMNO Johor yang namanya Datuk Ayub.
Ayub
menyatakan sudah sampai waktunya UMNO berhenti meminta orang melayu memberi
sumpah setia kepada UMNO, malah katanya sudah sampai waktunya orang UMNO
berhenti mengenang apa yang telah UMNO berikan kepada orang Melayu.
Soalnya
sekarang untuk apa dikenang dan untuk apa bersumpah setia terhadap UMNO?
Perlu
saya jelaskan UMNO asal yang memang berjuang untuk kemerdekaan Malaya sudah
berkubur alias sudah lama mati dan yang harus dikenang jasa-jasa mereka yang
sudah tiada dan itu lojik dan layak dingat kala kita ini dilahirkan sebagai
manusia yang mengenang budi.
Jasa-jasa
orang UMNO yang terdahulu memang jelas berjuang untuk negara bangsa dan sesuai
dengan perjuangan Nabi yang maksudnya berSIASAH.
UMNO
yang berjasa itu sudah lama mati dan UMNO yang sekarang ialah UMNO jelmaan yang
bangkit dari kubur dan sikap yang diperlihatkan hampir sama dengan perangai
hantu dan kalau ini dimaksudkan maka kenyataannya Datuk Ayub saya setuju dan
orangt UMNO harus melupakan dan tidak perlu bersumpah kelak termakan sumpah.
UMNO
yang ada sekarang jelas cukup memudaratkan kesan banyak sangat tenah/rezab
Melayu digadai dan segala khazanah yang dibina bertahun-tahun terbang melayang
menjadi milik orang lain dan tidak lama lagi Melayu yang diagung-agugkan selama
ini bakal merempat di tanah airnya sendiri. Apakah bangsa Melayu masih tidak
sedar dan masih terus mengatakan berjuang dalam UMNO demi negara bangsa sedang
menang sorak kampung tergadai dan tidak hairan bangsa Melayu menjadi bangsa
pelarian di tanah air sendiri dan bangsa asing bakal berkuasa.
Untuk
apa lagi di kenang jasa UMNO baru yang bangkit dari kubur dan menjelma sebagai
malaikat sedang kalangan mereka itu perampok dan pencuri khazanah negara dan
yang ada sekarang tidak boleh ditegur dan kala ditegur siap mereka dipecat
gantung dan siap dipanggil polis untuk ditakut-takutkan dan ini sudah jelas
kelihatan.
Baik
peguam negara, Polis negara dan yang lain terkait dengan namanya Perdana
Menteri semuanya main angguk dan main akur membontotoi belakang seorang perdana
menteri dan kesannya yang benar jadi salah masuk penjara dan yang salah terus
ketawa danb bebas dengan kekayaan yang melimpah.
Bagaimana
pula orang Sabah? Orang Sabah ini memang tidak ada kaitan dengan UMNO dan
seharusnya UMNO sirna dari Sabah sebab sudah jelas UMNO itu parti Melayu kesan
dalam perlembagaan sudah jelas definasinya/rujuk perkara 160 yang mengatakan
Melayu itu islam agama dan mengamalkan adat istiadat melayu dan pertanyaan
apakah yang bukan Islam agama itu Melayu dan layak sertai UMNO?
Soalnya
berapa orang saja yang namanya Melayu di Sabah ini dan kedua sejarah UMNO
memang tidak ada kaitan di Sabah dan ia ditubuhkan di istana Johor kalangan
orang semang, asli, jakun, bugis dan segala macam tanpa disebut bangsa Melayu
kecuali persatuan guru-guru Melayu dari negeri selangor ketika itu.
Orang
Sabah hanya harus berterima kasih kepada parti USNO lama pimpinan Tun Mustapha,
UNKO, United Party. Demokratik Party dan United Momogon Organisation yang telah
berunding dengan IGC membawa 20 perkara. Itu kenyataan dan itu harus kita
kenang dan berterima kasih.
Lalu
untuk apa berterima kasih kepada UMNO yang jelas parti perampok hingga Sabah
menjadi TERMISKIN, pendidikan asas paling tersorot di Malaysia dan mengikut E
Kasih Sabah paling banyak menerima dan memohon bantuan termiskin tegar.
Lihatlah
di kampung-kampung sejak merdeka hingga sekarang masih banyak yang tidak punya
paip air dan masih punya jalan yang babi sendiri enggan jalan sedang manusia
terpaksa lewat untuk sampai ke kota penuh bertanah merah, lewat lumpur yang
hebat. Hebat ini UMNO memiskinkan Sabah sedang Sabah negeri terkaya balak,
minyak, sawit, gas, pelancongan dan sebagai dan tanah-tanah beribu ekar milik syarikat luar negeri sedang
Sabahan ada terhalau dari tanah adat dan mohon tanah kubur susah dapat.
Nah,
untuk apa lagi berterima kasih kepada UMNO dan kalian dipaksa mengenang
jasa-jasa mereka. Apa saja jasa-jasa mereka terhadap Sabah dan Sabahan selain
memiskinkan dan kemudian berjanji setinggu gunung sedang janji jambatan, jalan
raya hampa semuanya kita.
Orang
Semananjung sendiri sebenarnya sudah menolak UMNO di PRU13 dan buktinya PR
menangi 52% undi sedang BN hanya 47% undi dan ini hakikatnya.
Kenapa
BN bisa menang dan berkuasa dan mari saya perkatakan hal sebenarnya secara
rengkas. PRU13 itu jelas PR ketinggalan 33 kerusi sahaja dan BN berkuasa kesan
Sabah dan Sarawak sumbang 44 kerusi MP yang menyebabkan BN berkuasa mendapat
133 kerusi di PRU13 itu.
Apakah
tidak nampak hakikatnya? Kita selalu salahkan Malaya dan burukkan Malaya dan
hakikat sebenar tidak semua yang di Malaya itu tidak baik dan majoriti kalangan
mereka baik dan itu terbukti mereka menolak UMNO/BN dan yang tidak baiknya
kesan kebaculan dan kebodohan diri kita sendiri di Sabah menyediakan dan
menyumbang 44 kerusi yang membolehkan seorang Najib duduki kerusi PM hingga
sekarang.
Apalkah
kita ini buta dan pekak dan masih ada yang mahu jadi agen BN di PRU14 akan
datang? Jika inipun tidak difahami bermakna ada kalangan kita pengkhianat
negara bangsa dan bukan seorang pejuang tetapi yang dikejar hanyalah untuk isi
kantung anak bini kroni dan suku sakat. Memang bacul dan laknat!
Datuk
Ayub UMNO Johor sudah menjelaskan sudah sampai masanya tidak perlu dikenang dan
tidak perlu bersumpah sedia dan Shafie,
Jaujan, Darell Leiking, Terrence Siambun, Junz Wong sudah mengorbankan segalanya dan kenapa pula kita masih berpeluk tubuh
dan kita tidak punya jalan lain bukan saja melupakan UMNO dan lagi UMNO yang
bangkit tidak punya jasa malah terkenal sebagai PENGASAK dan perampok nombor
satu dalam dunia dan tidak boleh tidak semua mesti bersatu dalam WARISAN dan
kemudian dibantu oleh parti-parti lain
yang benar-benar setia kepada perjuangan rakyat yang mahukan ketelusan pemimpin
berjuang kerana Allah semata.
Salam
perjuangan meski penjara atau mati tidak usah unsur, kita bangun dan melawan
kuasa ada ditangan kita dan gunakan kuasa itu untuk undi WARISAN.
Insyallah
Sabah akan berlarian di laluan makmur untuk mencapai puncak gunung kinabalu
atas nama kejujuran, ketelusan dan kita mesti ubah.
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
SabahUbah
No comments:
Post a Comment