Saturday, 3 December 2016

Free Sandakan Today Online (FST) PERSIDANGAN UMNO 2016 BANYAK MEMBODEK NAJIB DARIPADA BANGKITKAN ISU-ISU MASALAH RAKYAT….KATA HAMIDAH OSMAN



OLEH:  SHAIMON S JUMADI
Saturday December 03/2016

MEMANG tepat sekali dan ada kebenarannya juga apa yang sedang diperkatakan oleh Naib Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Hamidah Osman dalam kenyataannya yang tersiar di portal media Free Malaysia Today (FMT)  pada 01-12-2016 yang bertajuk “ Perhimpunan Umno hanya medan bodek Najib, kata PPBM.

Kalau kita lihat 80  orang  Melayu  yang menghentam UMNO  di laman social FB  tentang perhimpunan Agung UMNO 2016  kerana mendapati 97 peratus para perwakilan UMNO yang berkisar membodek dan memuji-muji kepimpinan  Najib yang terbaik sekali  daripada mantan-mantan Perdana Menteri yang lalu  bermula Tunku Abdul  Rahman Putra Alhaj. Tun Abdul Razak Hussien-Tun Hussien Onn- Tun Mahathir  Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Rakyat seluruh Negara sama ada mereka penyokong kerajaan BN/UMNO dan pembangkang atau rakyat biasa  memang mengharapkan persidangan Perhimpunan Agung yang merupakan persidangan akhir dapat mengetengahkan  pelbagai isu-isu mengenai  kemiskinan  kehidupan rakyat seperti harga barang-barang terlalu mahal GST- Minyak Petrol naik  cukai jalan naik yang ada kaitan dengan kos sara hidup rakyat itulah perkara penting yang  menjadi isu utama usul-usul yang harus di bentangkan di persidangan UMNO 2016 ini.

Ini  semua perwakilan UMNO usul-usul yang telah dibentangkan ialah memuji-muji kepimpinan Najib dan mengutuk habis-habisan Tun Mahahir Mohamed itu penting  sangat kah itu.

Banyak hal lagi yang  mereka boleh bangkitkan di dalam persidangan UMNO itu antaranya kes rasuah yang membabitkan 1MDB  kes Rasuah Jabatan Air Sabah  (JAS) yang membabitkan RM30 juta ini perkara semuanya ada kepentingan dengan masalah rakyat.

Lagi-lagi soal perpaduan dalam UMNO hentam pembangkang iaitu DAP, DAP  pula jadi sasaran utama  topik isu dibangkitkan dalam persidangan tersebut  kenapa para pemimpin UMNO terlalu takutkan DAP kalau jadi pemerintah Negara  Malaysia  satu hari nanti.

Setiausaha Agung DAP Lim Kit Kiang telah berkali-kali mengatakan macam mana DAP menang semua kerusi Parlimen masih boleh belum membentuk kerajaan Malaysia/kerajaan persekutuan mahu juga bergabung dengan parti-parti lain antara AMANAH-PKR dan orang Melayu juga jadi Perdana Menteri tak usaha khuatir Melayu tidak kebeluran jika UMNO kalah nanti pada PRU14 .


Peranan mantan Perdana Menteri  Tun Mahathir Mohamed selama 22 tahun berkhidmat memajukan  Negara dalam pelbagai aspek  langsung tidak dihargai  dilupakan begitu saja malahan di hina dicaci  dan dikutuk habis-habisan oleh para pemimpin UMNO yang pernah mengecapi  pelbagai kesenangan semasa di bawah pentadbiran Mahathir d

No comments:

Post a Comment