OLEH:
ISMAILY BUNGSU-FST
Tuesday
20/2016 December
BILA
kita berkawan, tentulah
kita kena pilih kawan yang sesuai dan baik. Kita tidak boleh terus berkawan
tanpa tahu latar seseorang itu dan demikian juga kiranya ada yang mahu berkawan
kita tidak harus kata setuju tanpa kita tahu siapa orang itu/mana tahu pencuri,
perampok atau pembunuh. Nyesal tak guna sudahnya nanti.
Untuk
mendapatkan kawan yang baik kita kena hati-hati memilih khuatir tersalah pilih
ia tikam kita dari belakang atau kalau misalnya kawan itu mencuri maka mungkin saja kita akan sama dituduh mencuri dan
kerana itu kita kena hati2 dan tidak boleh secara semborono.
Hamka
pernah perkata pencuri kawannya pencuri, yang berjudi kawannya yang suka
berjudi dan itu barulah serasi sebab apa saja cadangan yang sesuai dengan
keinginan tentu bakal disetujui saja.
Demikian
juga kalau kita mahu memilih gadis atau lelaki untuk jadi pasangan hidup kita,
itu tentu saja kita kena tahu latar belakangnya dan kalau main hentam keromo
maka sudahnya bala bakal menimpa diri kita sendiri dan ini kena hati-hati dan
sekali lagi tidak boleh main bantai melulu kesal nyesal tidak guna.
Kekadang
ada yang kita sudah tahu latar belakang kawan yang siap mahu berkawan dengan
kita dan itu kena hati-hati/kena selidiki sebab tidak semua orang demikian
jujur meski kita selalu berfikiran positif tetapi kena timbang semua perkara
untuk tidak menyesal kemudiannya.
Begitulah.Nah,
dalam politik juga sama, malah dalam politik ini lagi penuh strategi sebab kita
khuatir ada strategi pecah dan perintah atau mungkin saja mereka upahan dan ini
kita kena fikir jauh ke depan
sebab dalam politik ada yang berpura-pura mahu berkawan tetapi akhirnya tikam belakang dan kesannya rakyat memaki hamun kita kesan berkawan dengan yang main tangkap muat tadi.
sebab dalam politik ada yang berpura-pura mahu berkawan tetapi akhirnya tikam belakang dan kesannya rakyat memaki hamun kita kesan berkawan dengan yang main tangkap muat tadi.
Baik
dalam perniagaan terutama sekali bidang politik ada bidang yang dinaman
STRATEGI dan ini memain peranan yang cukup berkesan kalau bijak mengolah dan
itu sebab semua orang kena hati-hati.
Bukan
saja soal strategi, masa depan sesudah menang juga kita harus fikirkan tidak
mahu ada yang melarikan diri meninggalkan parti menikam belakang kerana sesuatu
kecuali meninggalkan parti bukan mendapatkan sesuatu tetapi kesan perjuangan
seseorang itu sudah jauh melangkah tidak ikut visinya pertama demi rakyat.
Makanya,
kerana itu mereka yang bijak dan tidak tergopoh gapah kena bertindak dan
berfikir mengikut lojikanya bukan emosi dan yang ikut emosi inilah biasa
menjadi mangsa penipuan sebab pengalaman-pengalaman masa lalu sudah cukup mengajar kita untuk
berhati-hati agar tidak terkena untuk kedua kalinya. Benar?
Sekali
kena tidak mengapa itu bisa saja jadi pengajaran sebalik jangan sampai dipatuk
ular untuk kedua kalinya kata TG Nik Aziz.
No comments:
Post a Comment