Written
by Admin
Monday
December 02,2013
OLEH: FARIDAH AHMAD

Ini jelas jawatan
Ketua Wanita Umno bahagian Kalabakan kekal milik Cahaya Sulaiman selepas
memperoleh 400 undi dalam pemilihan semula sayap wanita itu yang diadakan
Sabtu.

Pemilihan itu turut menyaksikan Noraini Abdul
Ghapur mengekalkan jawatannya sebagai Naib Ketua Wanita Kalabakan dengan
majoriti 131 undi.
Jawatankuasa baharu yang menang hari ini
ialah Juo Mohd Amin, Shania Sampar, Fatimah Abdullah, Salamah Maidin,
Noraidah Abu Bakar, Masnah Lama, Jainab @ Zainab Ali, Suriani Lamai, Astika
Tahir, Muliati Engking, Hindun Abu Bakar Titingan, Norah Sidik, Florence
Unggat, Masdalipah Malik dan Yamas Nusi.

Berikutan itu pemilihan semula diadakan pada
16 Nov lepas, bagaimanapun sesetengah pihak mendakwa ia tidak sah sehinggalah
ibu pejabat Umno mengeluarkan notis untuk mengadakan semula mesyuarat
perwakilan.
Pengerusi
pemilihan itu Datuk Nur Nikman Abdullah memberitahu pemberita tidak banyak
perubahan dalam pemilihan semula itu dengan 11 daripada 14 orang yang
meletakkan jawatan itu menang semula.
No comments:
Post a Comment