OLEH:
ISMAILY BUNGSU-FST
Khamis
2016-22 Disember
KALAU saya polis dan anak saya mencuri, tetap saya tangkap dan
minta diadili. Itu makna bukan sokong individu dan jika anak saya betul tidak
mencuri, maka itu tetap saya perjuangkan dan pertahan dengan hujah-hujah yang benar dan berfakta dan inilah yang
dikatakan sokong pejuangan bukan individu.
Sokong indivudu tak sama maksud sokong perjuangan.
DS Shafie prinsipnya sokong perjuangan tetapi tidak
sokong individu dan bila dia merasakan individu Najib salah, lalu ia
tanya/sekadar bertanya kasus 1MDB tidak dijawab dan jawabanya bersilat kata,
maka ia katakan di luar, lalu ia dipecat.
Sistem kabinet kita ialah sistem suara majoriti dan apa
saja yang diputuskan secara majoriti, maka yang minoriti kena akur dan tidak
boleh berkata di luar isu yang dia tidak disetuju dan jika berkata di luar
sistem kabinet kena meletakkan jawatan atau dipecat.
Memecat itu kuasa PM sebagai pengerusi kabinet dan tidak
boleh dipertikaikan sebab itu kuasanya sebagai pengerusi kabinet. Fakta!
Nah, sekali lagi saya katakan DS Shafie tidak menyokong
individu tetapi menyokong perjuangan dan jika perjuangan salah, maka ia tentu
tidak bersetuju sebab jika perbuatan mungkar dan jika dia diam makna DS Shafie
sama dapat dosa di akhirat akan kena tanya kesan subahat. Ini fakta bukan auta.
Setiap yang salah kena tegur malah Imam yang salah bacaan
atau salah macam-macam hal juga boleh ditegur dan kalau salah imam harus mundur
atau berhenti jadi imam.
Tidak ada salah menyuruh orang letak jawatan jika tidak
benar dan di sini sama konsep bahawa kita tidak harus menyokong individu tetapi
harus menyokong perjuangan yang benar. Itu jelas kosepnya islam yang diajarkan
dan agama lain juga rasanya sama.
Nah, sesuai dengan kenyataan di atas ada yang mengatakan
kenapa saja saya tidak menyokong Anwar dan kenapa menyokong DS Shafie?
jelas soalan ini tidak memahami kosep perjuangan dan hal
ini sudah saya jelaskan dua minggu lalu melalui satu status yang saya menyokong
perjuangan dan bukan individu.
Perlu saya jelaskan meski saya sudah meletakkan jawatan
ketua penerangan PKR Sabah dan kemudian meletakkan jawatan Pengarah Komunikasi
PKR Sabah sebelum DSL meninggalkan parti tetapi saya masih ahli PKR sejak 12
tahun lalu. Ini fakta.
Seperti yang saya katakan saya tidak menyokong individu
seorang Anwar sebalik saya sokong apa yang Anwar perjuangkan.
Saya tidak bersetuju DNA dijadikan bahan bukti sebab DNA
boleh diambil di mana-mana dan diletakkan dalam dubur sebagai bukti. Makna apa
yang berlaku terhadap Anwar itu saya tidak setuju dan itu harus kita
perjuangkan, sebalik jika memang Anwar benar-benar meliwat itu saya tidak
setuju dan tetap bantai dan itu sebab saya berpegang konsep perjuangan bukan
individu.
Perjuangan individu ada yang kita tak setuju dan ada yang
kita setuju dan kalau Anwar kata bantai RASUAH dan itu saya sokong, sebalik
jika ia mengambil rasuah dan menipu, itu saya bantai dan itu sebab saya
berpegang kepada konsep pejuangan bukan individu.
DS Shafie Afdal dulu dalam UMNO dan dia perjuangkan
perjuangan Najib dan meski salah terus juga dia menegur di kabinet hingga
berkali-kali dan sudahnya dipecat dan digantung keahlian atas cadangan MUSA
AMAN dan kemudian ia meninggalkan UMNO dan menubuhkan WARISAN dan berjuang
menentang BN.
Meruntuhkan kepimpinan BN yang ahli kabinet ramai korup,
itu juga perjuangan dan visi PKR/PH dan saya berterima kasih sebab DSSA ke
lokasi pejuang melawan BN atau pembangkang dan bila dia di pembangkang maka
makna itu saya dan dia satu perahu satu perjuangan dan pejuangan itu ialah demi
rakyat Sabah tumbangkan BN. Apakah ini salah? apalah saya menngkhianat Anwar
kalau misalnya plan A tak dapat maka BN saya lalui asal visinya sama
perjuangkan kebenaran yang saya anggap benar. Benar atau tidak terserah
tafsiran yang lain.
Orang yang bukan Islam agamanya(contoh) dan tiba2
sertai/memeluk agama islam, adakah kita caci maki dan hamun? adakah Islam ajar
begitu? tentunya kita kasih tarbiyah dan ajar jelaskan hukum2 islam bukan maki
hamun. benar?
Jadi, DS Shafie berjuang bersama pembangkang, maka itu
saya sokong tetapi bukan sokong individu DS Shafie tetapi sokong perjuangannya
itu yang sama dengan apa yang saya perjuangkan dan sama apa yang PKR
perjuangkan. Ini prinsip saja cukup jelas.
Seterusnya saya tidak duduki kerusi Majlis tertinggi,
malah kerusi Majlis tertinggi di PKR dulun sebagai ketua penerangan PKR Sabah
dan pengarah Komunikasi PKR Sabah saya tinggalkan sebelum DSP Lajim menubuhkan
parti HARAPAN makna saya bukan gila jawatan dan bukan gila mahu melobi sesuatu.
Visi saya jelas seperti saya perkatakan yang di atas.
Ada yang kata saya ini sudah kaya mendapat duit berjuta
dan mendapat upah kesan menulis dan perlu saya jelaskan saya bukan GILA DUIT
dan tidak gila pangkat, tidak gila nama dan tidak gila jawatan malah jawatan
yang ada saya tinggalkan lebih kurang sama macam DS Shafie sendiri, malah susuk
tubuh kami juga sama. Sama tapi tidak serupa.
Kebetulan saya ini penulis sejak 40 tahun lalu dan sudah
menulis 40 buku dan bukan menulis untuk kaya atau mendapat upah atau kesan
jualan buku tetapi sekadar menulis kesan minat dan jika saya berhenti menulis
maka sebahagian hidup saya lumpuh dan jika saya tidak menulis bermakna hidup
saya tidak bermakna, maka saya untuk hidup harus menulis dan menulis serta
membaca dan membaca sebab sudah terbiasa.
Jadi, harus difahami definasi atau maksud PENULIS dan
POLITIKUS itu sendiri.
Saya aktivis penulisan dan bukan politikus. Biasanya
politikus inginkan kerusi MT untuk nanti syarat mudah menjadi calon sedang
aktivis penulis seperti saya hanya menulis dan menulis tidak menginginkan
apa-apa, malah HARAM kalau saya diupah atau mendapat upah selama ini kesan
menulis. Jadi, saya jangan disamakan dengan yang lain dan jangan sesukahatinya
memfitnah kutuk saya tetapi jika ada fitnah dan kutuk aibkan saya, itu saya ucap
terima kasih sebab mengambil dosa-dosa saya.
No comments:
Post a Comment