Monday, 12 December 2016

Free Sandakan Today Online ....WARISAN DAPAT SAMBUTAN DI BEAUFORT

DS SHAFIE DI KG KUKUT BEAUFORT
( siri jelajah Warisan)

OLEH ISMAILY BUNGSU-FST
Monday Decenber 12.2016

" Di mana saja WARISAN jelajah, di situ UMNO adakan acara dengan memberikan pelbagai dan di Sandakan tiga hari sebelum acara Musa adakan program dan di Membakut pada hari sama ada tujuh program UMNO laksanakan dan tujuannya memboikot " Kata DS Shafie ketika berucap di kampung Kukut Beaufort di hadapan sekitar 4,000 orang yang hadir siang tadi..

Memang itulah cara UMNO lakukan dan keadaan itu juga terjadi di Semporna, bukan saja Musa adakan pelbagai program malah Najib sendiri datang dan tujuan mereka jelas untuk mengelak orang datang tetapi yang jelas rakyat tetap datang mendengarkan ucapan DS Shafie Afdal.

Di Beaufort siang tadi memang sekitar 4,000 orang yang datang dan itu TAHNIAH kepada JK penganjur di sana terutama saudara Samli.

Dalam ucapan DS Shafie tadi ia sentuh soal geran komuniti yang kerajaan beri dan katanya sebaik saja WARISAN memerintah pemberian itu akan dihapuskan sebab tidak menguntungkan rakyat dan ianya akan digantikan diberi terus kepada rakyat yang layak secara geran individu. Kenyataan ini mendapat tepukan dan kelihatannya yang hadir suka.

" Disamping itu kita akan ubah susun semula Yayasan Sabah disamping kita tubuhkan Kementerian pelajaran Sabah dan bina banyak kilang-kilang  sawit, koko, gas dan sebagainya demi memberikan peluang anak sabah mendapat pekerjaan" Katanya lagi.

Sabah memang kaya sawit, gas, minyak, balak tetapi kekayaan itu milik orang lain dan mengalir ke Semananjung hingga di Semananjung ada KLCC, Petronas berkembar sedang di Sabah untuk mendapatkan rumah PPRT susahnya bukan main.

WARISAN dipimpin oleh barisan yang berpengalaman terdiri penguam, akuntan, doktor dan sebagainya dan memang mampu memimpin Sabah dengan penuh keikhlasan demi rakyat Sabah.

" Kita ada ramai penguam seperti Darell Leiking, Loreta, peguam  anak arwah Haji Malik Chua dan saya ekonomis " Katanya DS Shafie sambil ia perkenalkan barisan kepimpinan WARISAN.

" Saya orang ekonomi tukang kira duit meski tiada duit tetapi dituduh seleweng duit jabatan air dan biasanya yang harus disiasat yang ada duit juta bilion dalam akaun di bank" Katanya sambil senyum.

" Mereka kutuk dan hina saya. Dulu awal UMNO ditubuh saya dikatakan anjing Semananjung setelah saya keluar dari UMNO, mereka kata saya sekongkol dengan Mahathir dan lantas mereka kata saya ketua Lanun " jelasnya lagi.

DS Shafie memang pernah menjabat cium tangan Mahathir dan itu kes lama dan itu tidak bermakna membontoti atau ampu sebalik itu tanda hormat kepada mereka yang tua dan lagi itu merupakan adat budaya hormat masyarakat Malaysia.

" Mahathir ajak saya ke parti yang mantan TPM tubuhkan dan saya dijanjikan timbalan presiden tetapi saya tolak sebab saya mahu berkhidmat di Sabah dan berjuang dalam parti WARISAN dan mahu kita membuat keputusan sendiri bukan Semanjung " katanya DS Shafie lagi.

UMNO merupakan parti yang pemimpin negara dan UMNO yang ada sekarang tidak lagi sama seperti UMNO yang dulu. UMNO sekarang milik Najib dan Najib yang berkuasa penuh dan sesiapa saja menteri kabinet yang tidak setuju apa yang ia putuskan maka siap bakal digantung dan dipecat.

" Dalam islam, imam yang salah bacaannya juga harus ditegur, inikan pula Najib yang ketua kabinet Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia"

Katanya sambil menjelaskan kepimpinan yang ada sekarang kepimpinan yang hanya patuh kepada keputusan Najib meski mencuri khazanah negara yang lain dimestikan menganggukkan kepala tanda setuju dan siap mempertahankan alias menjadi barua dan kesannya rakyat terseksa.

Negeri Melaka tiada sawit, tiada minyak tiada GAS tetapi Melaka lebih baik banding Sabah yang merupakan negeri termiskin dan rakyat menderita/ini juga disentuh oleh DS Shafie Afdal siang tadi.

Kepimpinan Warisan mahukan Sabah ini dipimpin oleh pemimpin yang telus, jujur dan utamakan kepentingan rakyat.

" Hairan, duit yang dijumpa di pejabat, rumah ratusan juta, mereka yang senang dan kaya, saya pula yang dituduh dan hairan yang korup, seleweng sudah ditangkap tetapi bebas dan didiamkan " Katanya lagi.

DS Shafie juga menyentuh negara jiran yang dulu kaya dan ia sebut negara filifina zaman Marcos. Marcos sekian lama menjadi presiden Filifina dan kekayaan negara berkenaan dicuri dan ada Emelda yang disisinya amat terkenal dan tidak hairan kes-kes semacam ini berlaku di Malaysia dan keadaan itu sudah jelas.

" Warisan parti pelbagai kaum ada kadazan, dusun, bisaya dan rungus, suluk dan pelbagai bangsa, soal siapa jadi menteri atau kemahunan rakyat sabah nanti bukan Musa yang tentukan dan bukan Najib yang tentukan tetapi rakyat Sabah yang tentukan" Jelas DS Shafie Apdal.

Di akhir ucapan itu DS menyeru agar rakyat Sabah sedar dan jika mahu berubah maka PRU14lah yang menentukannya dan jika Sabah tidak mahu anak cucu cicit menderita, maka tiada cara lain kena beri sepenuh kepercayaan untuk sokong WARISAN dan mengundi WARISAN bermakna dapat mengubah kedudukan yang ada sekarang untuk menuju ke arah yang lebih baik dan menjamin masa depan rakyat Sabah.

SabahUbah
sabahUbah
SabahUbah


No comments:

Post a Comment