OLEH: SHAIMON S
JUMADI
Sunday December
04/2016
SANDAKAN:-
Sekali lagi saya tegaskan
disini para pemimpin UMNO tidak perlu takut atau khuatir bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) memerintah dan
menjadi kerajaan Persekutuan kalau DAP menang semua kerusi 33 Parlimen masih
belum boleh mendirikan kerajaan sendiri
selain bergabung dengan parti PKR dan AMANAH
Kenapa
para pemimpin UMNO terlalu takut dengan DAP kalau ditakdirkan jadi kerajaan
Persekutuan selepas PRU14 nanti kerajaan PAKATAN HARAPAN yang membarisi DAP-PKR
dan AMANAH bangsa Melayu juga jadi Perdana Menteri Malaysia selepas si Najib
tersungkur/jatuh jika UMNO/BN kalah dalam plihanraya umum (PRU14) nanti.
Pengerusi
DAP Negeri Sabah yang juga Ahli Parlimen
Sandakan Stephen Wong Tien Fatt ketika mengulas
tulisan Shaimon S Jumadi yang
tersiar diportal Free Sandakan Today Online (FST) pada 03/12/2016 bertajuk “PERSIDANGAN UMNO 2016 BANYAK MEMBODEK NAJIB
DARIPADA BANGKITKAN ISU-ISU MASALAH RAKYAT….KATA HAMIDAH OSMAN.
“Saya
sangat setuju apa yang diperkatakan oleh Naib Presiden Parti Peribumi Bersatu
Malaysia (PBBM) Datuk Hamidah Osman yang tersiar di portal media Free Malaysia
Today (FMT) bertajuk” “ Perhimpunan
Umno hanya medan bodek Najib, kata PPBM.” Wong.
Wong menambah
persidangan UMNO 2016 dijadikan gelanggang
untuk menghentam DAP dan Tun Mahathir Momamed sedangkan banyak isu-isu
yang lebih penting boleh jadi usul utama dibangkitkan pada persidangan UMNO
2016 iaitu mengenai masalah ekonomi
Negara kenaikan harga barang semakin
meningkat kos sara hidup rakyat soal GST
soal kenaikan minyak petrol banyak lagi hal-hal masaah rakyat yang perlu di
ketengahkan oleh sidang perwakilan UMNO itu dan bukanya menghentam antara satu
sama lain atau membodek Najib seorang pemimpin yang cukup baik konon”
Wong bertanya
kenapa para perwakilan UMNO tiada satupun yang berani bersuara mengenai skandel
1MDB yang kes ini menjadi isu besar Negara begitu juga kes rasuah yang membabitkan RM30 juta di Jabatan
Air Sabah (JAS) inilah yang perlu di dedahkan kita mahu tahu apa respond para
pemimpin UMNO jika terdapat ada
perwakilan UMNO dari bahagian-bahagian lain yang mempersoalkan kes rasuah.
“Adakah mereka
akan menerima nasib seperti Tan Seri Muhyiddin Yassin-Datuk Mukhriz Tun
Mahathir dan juga Datuk Seri Shafie Apdal
nenjadi mangsa penyingkiran pelbagai jawatan dalam kerajaan dan seterusnya
di pecat dari UMNO. Kata Wong lagi.
No comments:
Post a Comment