Saturday, 3 December 2016

Free Sandakan Today Online…..BR1M 2017 KHAS UNTUK AHLI2 UMNO/BN SAHAJA BUKAN UNTUK AHLI2 PEMBANGKANG…..MOHD ARIFFIN



OLEH: SORAYA EGG
Saturday December 03/2016

1.Pemimpin UMNO disaran menyerahkan sendiri Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penerima bantuan itu kerana ia antara kaedah terbaik untuk menyantuni rakyat.

2.Perwakilan UMNO dari Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif berkata pengagihan BR1M yang kini dibuat secara terus ke akaun penerima dilihat tidak akan dapat meningkatkan kehadiran dan imej UMNO dalam masyarakat.

3.Jangan berikan BR1M melalui mesin (mesin pengeluaran wang automatik), mesin tiada perasaan, biar pemimpin UMNO sampaikan dari tangan ke tangan…ini usaha kita dan ini tandanya kita dekat dengan rakyat.

4.Benarlah ada sumber mengatakan UMNO cuba mengugut rakyat miskin yang layak menerima BR1M tetapi akan kehilangan hak jika bukan penyokong Barisan Nasional.

5.Kalau lah benar dakwaan ini rakyat yang bukan penyokong Umno, perlu dikategorikan tidak wajib membayar GST dan cukai yang lain kerana mereka tidak layak menerima bantuan dari kerajaan. Alangkah eloknya kaedah ini perlu diperluaskan lagi hanya orang Umno saja diberi bantuan kerajaan manakala penyokong pembangkang diketepikan hak mereka dan kita lihat apa akan terjadi dengan negara ini.

6.Adalah amat keterlaluan pemimpin Umno ini sehingga tidak dapat membezakan diantara tugas kerajaan dengan parti-parti hanya merupakan badan siasah sedangkan BR1M adalah duit rakyat bukan duit parti mereka.

7.Kasihan amat mentaliti pemimpin Umno setiap ruang dan kesempatan diambil untuk mendera rakyat sedangkan rakyat ada hak tanpa mengira anutan politik kerana mereka adalah rakyat yang berdaulat dan sebahagian dari kerajaan.

8.Sebagai pemimpin yang baik dan perlu ditaati adalah pemimpin yang tidak berdendam apa lagi menindas orang awam sedangkan mana-mana agama tidak membenarkan sikap sedemikian rupa.

9.Ingat lah, kalau bukan sumbangan rakyat melalui GST untuk mengimbangi kemerosotan hasil petroleum yang tidak menentu harganya, mungkin belanjawan defisit semakin melebar dan tidak dapat menampung perbelanjaan negara atau negara akan ke arah muflis.


No comments:

Post a Comment