Wednesday, 15 January 2014

PROJEK BUAT JAMBATAN BARU DAN NAIK TARAF JALAN KG TINUSA II INDAH KHABAR DARI RUPA







Written by Admin
Thursday January 16, 2014

SOROTAN DARI MEJA PENGARANG KANAN (FST)
SHAIMON S JUMADI

SUNGEI SIBUGA:-  Satu lagi   kegagalan pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menjanjikan kepada rakyat khususnya penduduk Kampung Tinusa II dalam kawasan DUN Sungei Sibuga dan dalam  kawasan Parlimen Libaran ini cerita buka disengaja direka-reka tetapi kenyataan.

Coba anda lihat di papan tanda yang terpacak ditepi Jalan Raya masuk menuju ke Kampung Tinusa II yang yang telah tertulis “Projek Membina Jambatan Baru dan Menaiktaraf Jalan Tinusa  2 Kampung Tinusa  Batu 7 Off Jalan Airport Sandakan Sabah.
Pemilik Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Jurutera C&S: KK Lee Consulting Engineer Kontrator: AKS Construction   Tarikh Mula:  Januari 2013 dan Tarikh Tamat: Januari 2014 apa yang kita nanpak hanya tiang saja terpacak dan berdiri tegak mana sudah jambatannya kenapa belum siap.

Selain menjanjikan  membina jambatan baru  mana sudah projek menaiktaraf jalan kampung tersebut ini juga satu kelamahan kerajaan kalau belum sedia hendak buat projek janganlah pasang papan tanda  dulu dipacak ditepi jalan penduduk di Kampung Tinusa II seolah-olah diperbodoh-bodohkan begitu saja dan buat orang keliru.
  
Dalam hal ini rakyat Sungai Sibuga dan pengundi parlimen Libaran khususnya penduduk Kampung Tinusa II jangan persalahkan ADUN Sg Sibuga ataupun Ahli Parlimen Libaran hal ini bukan kerja mereka ini adalah projek dibawah selia pihak Majlis  Perbandaran   Sandakan (MPS) yang gagal melaksanakan kedua-dua projek tersebut sehingga tarikh tamat tempohnya tapi terbangkalai.

Sebagai Pengarang Kanan Portal Free Sandakan Today.com  (FST) yang diposkan beberapa keping gambar  yang berkaitan projek tersebut rasa tidak puas hati saya sendiri pergi dengan juru gambar FST dan dua orang krew kekampung berkenaan memang ternyata dan terbukti jabatan hanya kelihatan rangkanya yang terpacak disitu ditepi sungai yang berbuaya itu.
Dengan terdedahnya  perkara ini Free Sandakan Today.com merayu kepada Wakil Rakyat Sungei Sibuga yang juga Ketua Menteri Sabah dapatlah berbisik-bisik dengan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk James Wong tanya bila kah agaknya projek yang dimaksudkan itu dilaksanakan sedangkan Januari 2014 adalah tarikh akhir kerja-kerja pembikinan jambatan baru dan menaiktaraf jalan ke kampung berkenaan.
  
Andai kata sehingga menjelangnya PRU ke 14 nanti projek jambatan dan menaiktaraf jalan tersebut tidak juga dilaksanakan, wow ini akan jadi santapan  dan juadah hidangan paling istimewa  pihak pembangkang untuk dijadikan isu senjata propaganda mereka untuk memisungkan hati rakyat, tapi ini betul bukan satu propaganda yang direka-reka oleh parti-parti mpembangkang namun ini adalah satu realitinya   rakyat semua nampak bahawa projek jambatan dan jalan raya masih logai-logai lagi  jadi jangan salahkan pihak pembangang kalau kes tersebut dijadikan isu panas pada PRU 14 nant dan ini harus diambil kira bukannya dipandang enteng saja sehingga menjadi pekong.


Projek buat jambatan baru dan jalan naik taraf Kg Tinusa II indah khabar dari rupa......jadi santapan dan senjata pembangakang  hentam kerajaan ini bukan direka-reka tetapi nyata semua mata orang melotot melihat papan tanda terpacak tersergam indah.....bagus...bagus


No comments:

Post a Comment