Written by Admin
Saturday 25 January 2014
OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI
Pengerusi
Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan Noraini Sulong berkata demikian
kepada Wartawan Free Sandakan Today.com sejurus selepas beliau mempengerusi
Mesyuarat Ahli Jawatankuasanya bagi kali pertama sesi tahun 2014 ini di Bilik
Mesyuarat Aras 1 Dewan Masyarakat Sandakan pagi tadi.
Katanya
para ibubapa khususnya penjaga harus memainkan peranan bagi mendidik anak-anak
mereka dan pastikan mereka tidak bergaul dengan orang-orang yang boleh merosakan
akhlaknya kerana budak-budak remaja
begitu mudah dipengaruhi untuk terjebak dalam gejala mengambil dadah.
“Dadah
adalah musuh ketat negara dalam 100 gram ia boleh membunuh ribuan manusia lantaran itu sebagai ibubapa harus sentiasa
menasihati kepada anak-anak jelaskan dadah adalah bahaya dan boleh
menghacurkan kehidupan masa depan.” Ujarnya.
Selanjutnya
Noraini mengumuman bahawa Biro PEMADAM Cawangan Taman Mesra akan dikembangkan
sayapnya ke kawasan taman perumahan tersebut yang akan dikendalikan bakal Pengerusi
Penajanya iaitu Jumatiah Kangkong
Pada masa terdekat ini.
Turut
hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Induk PEMADAN Daerah Sandakan Haji Jaini Hj Jumari.
No comments:
Post a Comment